in

[TERKINI] Malaysia Catat Kematian KETIGA Akibat Covid-19, Pesakit Dari Kluster Tabligh

Kematian Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sebentar tadi. Pesakit merupakan kes ke-152 dan lelaki warga tempatan berusia 58 tahun dari kluster kes tabligh.


S3

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, mangsa meninggal dunia ada jam 6.27 petang hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes. Mangsa telah  dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection.

Pada hari yang sama, mangsa diberikan bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia hari ini, 20 Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1)…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Friday, March 20, 2020

Al Fatihah, takziah buat keluarga arwah…

Baca: [TERKINI] Malaysia Catat 2 KEMATIAN Akibat Covid-19

Covid Kematian

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.