Siapa sangka, negara kita Malaysia berada di tempat ke-10 dalam ranking Keamanan Global 2024 (GPI) sebagai antara negara paling aman di dunia.
Pada tahun lalu, Malaysia berada ke tempat ke-19 dan tahun ini, negara kita berjaya naik sebanyak sembilan anak tangga.
Menerusi data GPI 2024 yang dimuat naik oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP), Malaysia mendapat markah sebanyak 1.427.
Berbanding negara jiran, Singapura berada di tempat ke-5 manakala Indonesia di tempat ke-48 dan diikuti oleh Laos (49), Kemboja (70) dan Thailand (75).
Artikel berkaitan: 5 Negara Jadi Pilihan Popular Untuk Pelajar Malaysia Sambung Belajar Di Luar Negara
Artikel berkaitan: Dikongsi Lebih 50 Juta Di IG, Imej ‘All Eyes On Rafah’ Rupanya Hasil Ciptaan Rakyat Malaysia
Negara yang paling aman adalah Iceland, diikuti oleh Ireland dan seterusnya, Austria, New Zealand, Singapura, Switzerland, Portugal, Denmark dan Slovenia.
Laporan itu turut menyatakan bahawa Malaysia juga disenarai sebagai antara lima negara paling aman dalam domain konflik berterusan dan ketiga terbaik dalam domain ketenteraan.
Difahamkan, GPI ialah pengukur utama keamanan global serta membentangkan analisis yang dipacu oleh data paling komprehensif setakat ini dalam trend keamanan, nilai ekonominya dan cara membangunkan masyarakat yang harmoni.
Sumber: Kosmo! Online