in

“Malam Jumaat saya makan Teopokki, tapi rasa lain” – AC Mizal Dikecam Sebab Buat Lawak Lucah?

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak mengenali DurianKimchi TV, channel Youtube ini berkisarkan kisah hidup pasangan Malaysia dan Korea, iaitu Ryzal dan Maryam.

Maryam mula mendapat perhatian media tempatan selepas telatahnya yang lucu bersama suami sering tular di media sosial.


Img 0906 1 Scaled 1

Baru-baru ini, pasangan muda ini telah dijemput sebagai tetamu dalam rancangan Dato’ AC Mizal yang diberi nama Puncline DAC. Untuk tatapan peminat DurianKimchi TV, Ryzal ada merekodkan beberapa babak disebalik tabir Puncline DAC.

Buat anda yang masih belum tahu, Puncline DAC adalah rancangan yang berdurasi selama 60 minit, dan akan menemubual tokoh-tokoh popular tanah air. Rancangan ini juga akan menyelitkan elemen menarik seperti trivia, permainan dan sketsa.

Bagaimanapun, dalam video yang dimuat naik oleh DurianKimchi TV, terselit satu babak di mana Dato’ AC Mizal sedang berbual bersama Maryam.

“Khamis malam jumaat saya makan teopokki. Bunyi sama tapi rasa lain”

Terang Dato’ AC Mizal, pada malam Jumaat beliau akan makan makanan Korea yang digelar teopokki, namun dengan rasa yang berbeza. Sejurus sahaja menyatakan lawak tersebut, beliau dilihat hanya bergelak kecil selepas melihat Maryam yang bingung dengan kenyataan itu.

Lawak double meaning ini bagaimanapun kurang disenangi oleh netizen yang beranggapan beliau bersikap kurang sopan. Lebih-lebih lagi apabila lawak itu dibuat dihadapan suami Maryam sendiri.

Berikut adalah reaksi netizen selepas menonton video tersebut:

“Tak bertempat”

A 3

“Diva AA pun lagi bagus perangai”

B 1

“Dia rasa semua benda dia cakap tu lawak”

C 1

“It’s either lawak lucah or lawak body shaming…”

D 1

“Yang Ryzal gelak sekali kenapa?”

E

Meskipun Dato’ AC Mizal hanya mahu bergurau dan menceriakan suasana, namun lawak double meaning seperti ini haruslah dihentikan agar tidak diikuti oleh para penonton. 

Apa komen anda tentang isu ini?

 

BACA“Barang kena selam baru dapat” – Komen Nakal Zizan Terhadap Jennie BLACKPINK Dikecam Netizen

Cats 21

Sumber: DurianKimchi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.