in

“Barang kena selam baru dapat” – Komen Nakal Zizan Terhadap Jennie BLACKPINK Dikecam Netizen

Cats 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang BLACKPINK, pasti anda teringat akan ahli-ahli mereka yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa.


Baru-baru ini, Jennie ada memuat naik sebuah gambar beliau memperagakan seluar dalam jenama Calvin Klein di laman Instagram. Gambar tersebut adalah hasil kolaborasi artis Korea terbabit bersama jenama antarabangsa itu.

2 16

Gambar tersebut mendapat banyak komen-komen yang memuji kecantikan vokalis kumpulan BLACKPINK itu. Turut tidak terlepas, pelawak Malaysia Zizan Razak juga ada meninggalkan komen pada gambar tersebut.

“Nahhhhhh sayang ni. Patot la abang cari boxer abg x jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kene selam baru dapat…”

1 25

Meskipun umum mengetahui komen Zizan hanyalah gurauan semata-mata terhadap Jennie, namun ramai beranggapan bahawa komen yang ditulis adalah keterlaluan dan satu bentuk gangguan seksual.

Pada ketika artikel ini ditulis, nama Zizan sedang trending nombor satu di laman Twitter, rata-ratanya mengecam tindakan pelawak kelahiran program Raja Lawak itu.

Capture 18

Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap komen ‘nakal’ Zizan Razak.

“Memalukan orang Malaysia”

Aa 10

“Try hard sangat”

Bb 10

“Patut la kena friendzone”

Cc 10

Dalam pada masa yang sama, kumpulan BLACKPINK baru sahaja melancarkan lagu terbaru mereka bersama penyanyi terkenal, Selena Gomez. Single yang bertajuk ‘Ice Cream’ itu memecah rekod kumpulan ini sendiri apabila berjaya meraih 10 juta jumlah tontonan dalam masa 2 jam dan 55 minit sahaja.

 

BACA: “Mcm member dia buat” – Netizen Terbahak Tengok Komen Zizan Razak Dalam IG Live Justin Bieber

3Jb

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.