in

“Makin hari makin ganas” – Banduan Di Itali Mengamuk Bakar Sel, Culik Pegawai & Larikan Diri Kerana Covid-19

Collage 22

Sekurang-kurangnya enam banduan mati dan hampir 50 terlepas dari sebuah penjara di Modena, Itali pada hari Isnin dan 27 penjara di seluruh Itali telah membuat rusuhan ganas selepak hak melawat dihentikan sementara kerana penularan wabak novel coronavirus lapor Daily Beast

Angka kes coronavirus di Itali telah mencecah angka 9,172 pada hari Isnin ini menjadikan negara ini sebagai negara kedua mempunyai kes positif tertinggi di luar China dan telah mencatatkan angka kematian sebanyak 463.

Unknown 1

Di Modena, banduan di sana telah berjaya menjadikan dua pegawai penjara sebagai tebusan pada Ahad lalu dan mencuri kunci sebelum memanjat pagar untuk cuba larikan diri. Namun keadaan berjaya ditenangkan oleh polis rusuhan tapi mereka terpaksa memindahkan banduan-banduan ini ke fasiliti sementara lain kerana kemusnahan yang teruk.

Banduan-banduan di Pavia pula telah membakar tilam-tilam mereka hingga menyebabkan bangunan ini terpaksa dikosongkan. Asap dan api dari penjara ini boleh dilihat setengah batu jauhnya.

Italy Prisons Coronavirus 04

Pada hari Isnin pula, banduan-banduan kelihatan berkumpul atas bangunan Penjara San Vittore di Milan. Beberapa bahagian penjara telah dibakar selepas hak melawat mereka dihentikan sementara. Banduan-banduan ini telah menyerang pegawai penjara sebelum mendapat akses untuk naik ke bumbung.

200309 Prison Riots Tease Tvheqg

Manakala di Rome, hampir 90 orang telah disahkan positif dan banduan dilarang untuk keluar ke kawasan lapang bagi tujuan rekreasi. Di penjara Regina Coeli, boleh kedengaran suara banduan menjerit dan menghentak objek semalam. Sementara di Rebibbia pula, seramai 30 banduan telah melarikan diri dan helikopter dilihat memenuhi ruang udara dalam usaha menangkap semula banduan-banduan ini.

Italy Prisons Coronavirus 04

Beberapa penunjuk perasaan juga telah berkumpul bagi meminta kerajaan memberikan semula hak lawatan kepada banduan. Malah, keluarga banduan juga dilihat melakukan protes di luar penjara sambil menjerit menyuruh pegawai membenarkan mereka berjumpa dengan orang tersayang.

S

Baru-baru ini, Italy telah mengeluarkan arahan lockdown di seluruh negara selepas angka kes dan kematian semakin meningkat.

 

Baca: Selepas China, Itali Laksana Perintah Kuarantin Ke Atas 16 Juta Penduduknya

Screenshot 2020 03 10 At 5.38.52 Pm