in

Selepas China, Itali Laksana Perintah Kuarantin Ke Atas 16 Juta Penduduknya

Untitled Collage 73

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Januari lalu, China bertindak ‘mengurung’ jutaan penduduknya di Wuhan dalam usaha membendung penularan Covid-19. Bayangkan, semua perkhidmatan pengangkutan awam juga terpaksa dihentikan — dan penduduk tidak dibenarkan keluar dari daerah masing-masing.


Kini, Itali turut mengambil langkah serupa selepas negara itu berdepan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 dalam waktu yang sangat singkat.

Terbaru, CBC melaporkan sebanyak 1,247 kes dilapor dalam tempoh 24 jam — menjadikan jumlah keseluruhan hampir mencecah 6,000 kes setakat ini.

Dalam laporan HuffPost, perintah kuarantin itu akan melibatkan hampir 16 juta penduduk di wilayah utara Itali antaranya termasuk Milan dan Venice.

Keputusan tersebut dibuat selepas Perdana Menterinya, Giuseppe Conte berkata Itali kini berdepan situasi yang mencemaskan sebelum mengisytiharkan darurat kebangsaan.

In Pictures Venice Eerily Quiet As Covid 19 Outbreak Puts Brake On Tourists 136443476359202601 200305120041

Thumbs B C Efc926Bb27C7B5B074F5C3Ca59F784A1

Jelasnya, meskipun langkah itu kedengaran kejam namun ia perlu diambil untuk membendung penularan wabak Covid-19 daripada terus memburukkan keadaan.

Justeru, semua penduduk diarah mematuhi perintah larangan yang akan berkuatkuasa sehingga 3 April depan — dan segala perjalanan yang hendak dibuat perlu mendapat keizinan pihak berkuasa.

Segala acara seperti majlis perkahwinan dilarang daripada diadakan buat sementara waktu, malah beberapa premis awam seperti panggung wayang, gym, bar, dan muzium diarah ditutup.

 

Baca: Panik Gara-Gara Covid-19, Rakyat Australia Gaduh Berebutkan Tisu Tandas

Untitled Collage 72

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.