in

Makin Dekat! Dua Kes Varian Omicron Dikesan Di Lapangan Terbang Changi, Singapura

11 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Singapura menegaskan dua orang pelancong dari Johannesburg diuji positif dengan varian terbaru Covid-19, Omicron. Kedua-dua individu itu ditransit di Lapangan Terbang Changi untuk perjalanan mereka ke Sydney, Australia.


Dua orang pelancong itu meninggalkan Johannesburg pada 27 November dengan menaiki penerbangan Singapore Airlines untuk tiba di Changi pada hari yang sama untuk penerbangan transit mereka, tambahnya lagi.

13

Pada awalnya, kedua-dua individu itu diuji negatif untuk Covid-19 sebelum mereka dibenarkan berlepas. Mereka kemudiannya terbang ke Sydney di mana mereka diuji positif varian tersebut.

Pengesanan kontak rapat sedang dijalankan untuk kakitangan lapangan terbang yang mungkin mengalami kontak sementara dengan kes tersebut”

Walaupun kebanyakan pelancong untuk penerbangan Singapore Airlines dari Johannesburg kekal di kawasan transit sehingga berlepas di Sydney, tujuh orang penumpang dikatakan telah turun.

Enam daripada mereka berada dalam pengasingan di kawasan kemudahan khusus, manakala seorang lagi merupakan kontak rapat dari individu yang dijangkiti dalam penerbangan. Individu tersebut telah dikuarantin.

12 1

Sebelum ini, Singapura telah mengehadkan perjalanan dari Afrika Selatan dan menangguhkan pelancaran vaccinated travel lanes (VTL) bersama Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Arab Saudi sebagai langkah berjaga-jaga mencegah varian Omicron.

Ini kerana ketiga-tiga negara itu merupakan titik sambungan bagi pelancong dari Afrika Selatan yang melancong ke Asia. Penerbangan dari Johannesburg itu telah tiba sebelum sekatan ini berkuat kuasa lagi.

Makin lama makin dekat ni. Sesiapa yang bercadang nak travel tu, berjaga-jagalah okay?

Sumber: SCMP

Baca: KJ Sahkan Satu Kes Positif Dikesan Pada Hari Pertama VTL Malaysia-Singapura Dijalankan

14 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.