in

KJ Sahkan Satu Kes Positif Dikesan Pada Hari Pertama VTL Malaysia-Singapura Dijalankan

Page2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kes positif Covid-19 dikesan di pintu masuk Tambak Johor pada hari pertama Vaccinated Travel Lane (VTL) Malaysia-Singapura dijalankan pada hari ini.

Untuk makluman, VTL merupakan inisiatif perjalanan antara Malaysia dan Singapura, bertujuan untuk memudahkan perjalanan dua hala oleh individu yang telah menerima rejimen penuh vaksin Covid-19.


Vtl Woodlands Singapore Fb 1

Menurut Khairy Jamaluddin (KJ) dalam satu sidang media hari ini, kes tersebut dikesan melalui ujian semasa ketibaan RTK-Antigen yang dijalankan di pintu masuk antarabangsa.

Perkara ini sedang disahkan melalui ujian pengesahan menggunakan RT-PCR. Kami ingin menggunakan ujian RT-PCR untuk mengesahkan keputusan ujian RTK-Antigen”

KJ selaku Menteri Kesihatan turut menegaskan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru sedang menjalankan penilaian risiko kepada mereka yang menaiki bas yang sama dengan individu yang didapati positif itu. Ini demi menilai semula sama ada mereka perlu dikuarantin atau tertakluk pada sekatan lain.

Walaupun terdapat satu kes positif, saya tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan proses VTL. Sebaliknya, ia patut dijadikan contoh bagaimana ujian pra-berlepas dan semasa ketibaan dan seumpamanya merupakan langkah pencegahan yang perlu.”

Tambah KJ lagi, pasti akan ada kes positif di masa akan datang, namun yang penting adalah keupayaan dan keperluan diagnostik dari pihak mereka. Begitu juga dengan penilaian risiko yang dilakukan oleh PKD apabila berlaku kes sedemikian.

Hari ini dikatakan penting bagi Malaysia dan Singapura kerana ia menandakan pembukaan semula sempadan yang ditutup selama kira-kira 20 bulan akibat Covid-19.

Sumber: Malay Mail

Baca: KJ Beri Bayangan Untuk Jadikan Dos Penggalak Sebagai Pelengkap Vaksinasi

Capture 2 1

Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.