in

Maki Pulak Bila Orang Tak Jadi Sewa!

Ewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Student memang selalu la kena carik rumah sewa untuk mudah ulang alik ke universiti kan. Kalau dapat offer asrama memang bersyukurlah!


Macam-macam ragam tuan rumah yang kita terpaksa hadap masa deal nak dapat rumah sewa ni. Kalau dapat yang elok, seronoklah korang! Tapi kalau dapat yang cerewet, agak susah lah nak kautim.

Macam kisah yang dikongsi oleh seorang gadis di Twitter ni, dia dan beberapa orang kawan tengah carik rumah sewa dekat KL dan PJ sebab dekat dengan tempat belajar dorang. Tapi nasib malang pulak bila tuan rumah ni berperangai pelik!

Ewa1 1
sumber: twitter

Semasa tengah usya rumah sewa, dia terjumpa iklan rumah sewa kat KL Gateway Residence berharga RM600 sebulan dan untuk 3 orang. Terus la dia mesej owner rumah ni mintak gambar semua. Dorang makin seronok lah lepas tengok gambar bilik dia cantik semua.

Ewa2

Ewa4
sumber: twitter

Tapi perangai owner rumah ni macam dah start pelik sikit. Dia kata yang dia tak boleh bawak dorang naik sebab ada security dan dia pun ada kat Johor. Gadis ni ok je la tapi si owner ni tiba-tiba cakap akan settlekan dengan lawyer. Dah kenapa??

Owner tu cakap lagi kalau nak masuk terus kena bayar RM600 deposit plus RM180 sorang untuk dia uruskan rumah, access card, security dan lain-lain. Yang menghairankan, gadis tu ajak jumpa tapi owner tu taknak pulak.

Dia call pulak lagi lepas tu cakap nak emel dorang semua sebab nak bagi agreement rumah tu. Tiba-tiba dia bagi number akaun lawyer dia dan mintak bayar deposit hari tu jugak. Ehhh??

Ew7
sumber: twitter

Gadis ni cakap la yang dia belum bayar sebab tengah discuss lagi dengan kawan-kawan dia. Dorang ni suspicious gila sebab mintak bayar on the spot kan! Bila jadi macam tu, owner ni mendesak sangat sampai gadis ni rimas.

Ew8
sumber: twitter

 

Nak bagi sewa 5 bulan free je! 

Ew9
sumber: twitter

 

Cuba reject secara baik tapi owner ni tiba-tiba sentap!

Ew10 1

Ew12 2
sumber: twitter

 

Dah kantoi, maki pulak!

Ew13 1
sumber: twitter

So guys yang tengah carik rumah sewa, tolonglah berhati-hati! Pastikan check semua betul-betul!

Baca: “Ini bilik tidur ke lubang kubur?”

Ewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.