in

Mak Pelik Tengok Barang Kemas Dekat Rumah Asyik Hilang Je, Rupa-rupanya…

Collage 56

Seorang wanita yang mempunyai masalah mental telah ditahan di hospital selepas ibunya perasan barang perhiasan dekat rumahnya asyik hilang. Dia juga selalu muntah everytime lepas makan.

Menurut India.tv, doktor terkejut bila menemui barang kemas duit syiling bernilai lebih kurang RM271, 800 dengan berat 1.6kg dalam perut wanita berusia 26 tahun dari Bengal Barat, India.

Doctors Were Left Baffled.
Sumber: st. Lucia news online

Menurut ibu kepada wanita ini, anaknya dah sakit sejak dua bulan lalu dan sudah pun bawa anaknya ini ke hospital untuk berubat. Tapi keadaannya masih tak berubah.

“Kemudian kami perasan yang barang perhiasan selalu hilang. Tapi bila saya tanya, dia mula menangis. Kami selalu perhatikan dia sejak dia mula sakit dua bulan lepas. Tapi entah macam mana, dia tetap berjaya telan semua benda-benda ni.”

Bila doktor di hospital scan perut wanita malang ini, mereka menemui objek seperti besi dan bila doktor membuat pembedahan, mereka terkejut bila menemui 69 rantai, 80 subang, 90 syiling, 11 subang hidung, lapan loket, empat kunci, satu jam tangan, dua syiling perak dan lima gelang kaki. Ya Allah, banyaknya!

Gold5
Sumber: st. Lucia news online

Kebanyakan barang yang ditemui dalam perut wanita ini diperbuat daripada tembaga dan perak manakala yang lain diperbuat daripada emas.

Ketua bahagian pembedahan, Dr Siddhartha Biswass berkata, bila wanita ini dimasukkan ke dalam hospital pada 16 Julai lalu, dia kelihatan lemah dan tak bermaya. Keadaannya sangat kritikal hingga wanita ini perlukan sekurang-kurangnya lima botol darah.

Gold
Sumber: st. Lucia news online

Wanita ini tak boleh nak makan sendiri, kami terpaksa suntik makanan melalui mulut wanita ini.”

Selepas seminggu rehat dan diberi rawatan, keadaan wanita ini cukup stabil untuk dibedah.

“Kalau kami bedah dia masa dia masuk hospital, dia takkan dapat diselamatkan.”

Pembedahan yang berlangsung selama satu jam 15 minit ini telah berjaya mengeluarkan kesemua besi dan barang kemas dari dalam perut wanita ini. Kini wanita ini dalam keadaan stabil.

Gila betul, banyak tu dia telan. Dah lah berat. Nasib baik dia selamat.

 

Baca: Doktor Terkejut Jumpa 7 Sudu, 2 Berus Gigi, 2 Pemutar Skru, 1 Pisau & 1 Besi Dalam Perut Lelaki Ini!

Screenshot 2019 07 26 At 6.29.28 Pm