Doktor Terkejut Jumpa 7 Sudu, 2 Berus Gigi, 2 Pemutar Skru, 1 Pisau & 1 Besi Dalam Perut Lelaki Ini!

Korang semua mesti banyak kali je baca pasal objek-objek pelik yang doktor jumpa dekat dalam perut seseorang kan?

Tapi kali ni ceritanya lebih dahsyat, mana taknya, doktor sendiri pun terkejut bila imbasan x-ray menunjukkan ada longgokan barang dalam perut seorang lelaki. Biar betul?

Menurut Mirror, keluarga lelaki dari India ini kejarkan dia ke hospital lepas dia mengadu sakit perut yang melampau.

Sejurus selepas pemeriksaan, doktor di hospital Kolej Perubatan Kerajaan Lal Bahadur Shastri menjalankan prosedur untuk mengeluarkan tujuh sudu kecil, dua berus gigi, dua pemutar skru kecil, satu pisau dan satu batang besi kecil dari perut lelaki ini.

Kalau korang nak tahu, doktor-doktor dekat sana ambil masa hampir 4 jam nak keluarkan barang-barang ni. Korang boleh tengok sendiri gambar dekat atas ni, ia diambil selepas objek-objek pelik ni baru je dikeluarkan. Sisa makanan pun masih melekat dalam perut lelaki ni. Yekkk

“Kami boleh nampak hujung pisau cuba nak keluar dari badan dia. Masa kami bedah dia, kami jumpa benda-benda yang kami biasanya baca dalam buku saja.”

Lelaki ini mempunyai gangguan psikiatri. Tapi kini dia stabil.”

Dikatakan pesakit ini mengalami gangguan psikiatri yang dipanggil pica. Penyakit ini buatkan orang nak makan benda-benda pelik.

Haih, nasib baik dia takde apa-apa. Tapi macam manalah dia boleh telan pisau tu, tak luka pulak anak tekak dia.

 

Baca: “Dia tak boleh mengandung dah” – Ibu Enam Anak Mengadu Sakit Perut Terlampau, Doktor Terkejut Jumpa ‘Handle’ Motosikal Dalam Rahim.

 

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson