in

“Mak kau bukan mak aku”- Ini Jawapan Tweet Famous Lepas Netizen Bandingkan Caranya Masak Sambal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti ada cara masak yang tersendiri kan? Selalunya kita akan ikut resepi yang mak kita ajar. Betul tak?


Ada sorang peniaga dekat kedai Mama Salmi Kopitiam (Setia Alam) ni yang juga merupakan seorang tweet famous @OwToTheZie  atau dikenali sebagai Ojie share video dia masak sambal nasi lemak dekat Tiktok.

Dalam video tu, Ojie tuang gula banyak dalam sambal sebab kuantiti sambal tu pun banyak. Logik la kan kalau kita masak banyak then letak gula pun banyak jugak la kan? Kan tak rasa pula kalau letak sikit. 

Tapi lepas dia share tu, ramai gila orang komen pasal sukatan gula yang dia letak dalam sambal yang dimasak tu.

Katanya banyak sangat gula tu takut terlebih manis.

Ada komen yang cakap macam mak diorang tak ada ajar pun letak gula dalam sambal sebab katanya nanti sambal tak pedas dan rasa manis. Ada juga komen cakap sambal kalau rasa manis dah bukan sambal dah namanya.

Geram dengan komen-komen negatif yang kononnya dia masak sambal tak betul ikut resepi, akhirnya tweet famous tu bertindak untuk tutup terus komen video tersebut. Geram kot banyak sangat komen negatif.

“Macam kau sorang je lah reti makan sambal reti masak sambal.”

Suka hati la kan kita nak masak macam mana.

“Lepas ni aku nak masak sambal aku nak tag dia je. Biar semua keturunan kau sakit mata tengok gula berkilo yang aku curah dalam sambal tu.”

Masak la macam mana sekalipun, yang penting sedap. Ye idok?

 

Sumber: OwToTheZie

Baca: Penangan Sambal Nyet, Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Khairul Aming Untuk Kaut Untung Sendiri

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.