in

Penangan Sambal Nyet, Ada Yang Sanggup Menyamar Jadi Ejen Sambal Khairul Aming Untuk Kaut Untung Sendiri

F1 L

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa je yang tak kenal dengan Khairul Aming kan? Baru-baru ini, sambal jualan Khairul Aming iaitu Sambal Nyet telah habis terjual dalam masa lebih kurang sejam je. Korang bayangkan 10 ribu botol sambal tu sold out, memang hebat lah penangan Khairul Aming ni kan. Admin pun tak sempat nak beli. 



Namun, ada pula yang cuba mengambil kesempatan dengan menyamar menjadi ejen dan dropship Sambal Nyet Khairul Aming ni. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Khairul Aming menerusi Twitter.

Untuk pengetahuan korang, sambal tersebut hanya dijual di platform jualan Shopee sahaja buat masa sekarang ni. Jadi, kalau ada yang menyamar cakap dorang ejen Sambal Nyet, jangan mudah percaya sebab sah-sah dorang tu scammer.

Menurut Khairul Aming, ejen yang menyamar terbabit dikenali sebagai Nur Fatihah di Facebook. Katanya, dia sendiri pun tak kenal orang yang bernama Fatihah ni.

Difahamkan, wanita terbabit juga menipu pelanggan dengan mengatakan sesiapa yang berminat boleh menjadi ejen sambal tersebut. Namun, mereka yang berminat menjadi ejen harus membayar duit pendaftaran. Suka hati dia je scam duit orang macam ni. 

1 12

2 5

3 6

4 4

Khairul Aming juga menasihati sesiapa yang dah tertipu agar berusaha mendapatkan duit mereka semula. Ye lah, dah lah ada yang dah transfer beratus-ratus ringgit dekat scammer ni untuk beli sambal tu. Kalau tak dapat duit tu balik, memang kecewa lah kan. 

Ada netizen yang mencadangkan agar Khairul Aming patenkan sambal jualannya supaya takde lagi orang yang suka mengambil kesempatan dalam kesempitan macam scammer ni.

6 1

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa Khairul Aming patut membuat laporan polis terhadap terhadap scammer tersebut. Betul jugak tu, barulah scammer lain tak berani nak tipu orang. 

7 1

Sehingga kini, Tweet tersebut telah mendapat sebanyak 20 ribu Retweet dan 15 ribu likes daripada netizen (ketika artikel ini ditulis). So, korang jangan mudah terpedaya dengan modus operandi scammer ni tau.

Apa-apa pun, sebagai pelanggan dan pembeli, lebih baik kita check dulu sebelum membeli sesuatu barangan secara online. Sekarang ni ramai sangat yang sanggup menipu untuk kaut untung lebih. 

Baca: “Saya tiru kata tak sedap” – Khairul Aming Tunai Permintaan Wanita Hamil Mengidam Makanannya Lepas Suami Cuba Masak Gagal

Khairul Aming

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.