in

Majlis Kahwin Syamel & Ernie Hampir ‘Kacau Bilau’ Sebab Radin ERA? Ini Kisah Yang Ramai Tak Tahu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada dua minggu yang lalu, pasangan selebriti Syamel dan Ernie selamat diijab kabulkan. Namun ia diadakan secara sederhana yang hanya menjemput keluarga dan rakan rapat sahaja.


Rupa-rupanya, majlis perkahwinan mereka sebenarnya hampir ‘tak jadi’ kerana pada last minute Radin ERA yang patut mengambil tugas sebagai emcee tiba-tiba kata tak jadi. Dah pening kepala memikir.

 

Tiba-tiba cakap ada majlis lain

Baru-baru ini di dalam rancangan Trek Selebriti, penyampai radio Radin telah dijemput sebagai tetamu undangan.Jadi mereka merancang untuk membuat prank kepada Syamel dan Ernie.

Difahamkan rakaman itu dibuat beberapa jam sebelum majlis resepsi Syamel & Ernie yang berlangsung pada 3 April lalu. Radin memberitahu bahawa dia terpaksa tarik diri pada saat akhir.

Bukan itu sahaja, Radin siap memberitahu yang pembantu peribadinya tersilap ambil job lain dan bertindih tarikh dengan majlis itu. Lebih geram apabila Radin memberitahu Syamel yang dia dibayar tiga kali ganda untuk mengacarakan majlis itu.

Syamel yang kelihatan terkejut dalam situasi itu turut berasa ‘pening’ memikir siapa yang boleh ganti. Malah dia menambah yang dia tak sangka Radin ni lebih pentingkan duit.

 

“Tetap tenang walaupun dah last minute”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi Radin mengenakan Syamel itu. Selain ada yang turut ketawa melihat Syamel yang dah mula cuak namun ada juga yang kesian pada penyanyi itu kerana dah dua kali kena prank.

Kalau korang dekat tempat Syamel, apa reaksi korang?

Sumber : Instagram

 

Baca : Mcm kantoi dating dkt sekolah; [VIDEO] Disergah Bermanja di Set, Netizen Suka Ernie Syamel Sweet Tak Menunjuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.