in

Majikan Syarikat Fotografi Paksa Pekerja Minum Air Jamban Sebagai Denda

Minum Toilet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Majikan Syarikat Fotografi Paksa Pekerja Minum Air Jamban Sebagai Denda
Loading
/

Jika anda melakukan kesalahan, pasti ada hukuman menanti dari majikan tetapi bersyukurlah kerana hukuman yang dikenakan terhadap anda tidak seteruk hukuman di syarikat ini!


Menurut Shanghaiist, sebuah video menunjukkan beberapa pekerja dipaksa melakukan perbuatan yang sangat jijik tular di media sosial China. Rakaman itu menunjukkan dua pekerja dipaksa meminum air yang keluar dari jamban sebagai hukuman di tempat kerja.

Minum Toilet1
sumber: shanghaiist

Melalui video itu, seorang pekerja lelaki dilihat menggunakan cawan untuk menadah air daripada jamban cangkung yang sedang di flush. Seorang pekerja wanita juga dirakam sedang minum air jamban itu sambil mukanya menahan rasa jijik.

Mereka dilaporkan bekerja di sebuah studio fotografi di Sichuan, China dan dihukum kerana prestasi kerja yang tidak memuaskan di tempat kerja.

Selepas dipaksa minum air dari jamban itu, pekerja wanita berkenaan mengalami cirit-birit. Setiap kali mahu mengunyah makanan, dia berasa mahu muntah.

Minum Toilet2
sumber: shanghaiist

Video tersebut telah dimuat naik di kumpulan WeChat syarikat itu sebelum tersebar dan tular di media sosial. Individu yang merakamkan video itu dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa dan diletakkan dalam penahanan polis selama 4 hari.

Kini, studio fotografi itu mendakwa bahawa video tersebut tidak dirakam di syarikat mereka dan dikongsi di group WeChat sebagai ‘motivasi’ kepada semua pekerja untuk menghasilkan kualiti kerja yang bagus. Eh, dan dan lah kannn.

Tonton video menjijikkan itu di bawah:

Bukan macam ni caranya nak layan dan hukum pekerja kalau mereka buat salah sekali pun! Diharap pihak berkuasa jalankan siasatan dengan terperinci dan hukum pihak yang bertanggungjawab mendera semua pekerja itu.

Baca: Pemilik Restoran Di Sungai Long Buli Pekerja Dengan Meminta Pekerja Lain Belasah Mangsa

Buli0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.