in

Majikan Paksa Pekerja Makan Snek ‘Pedas Maut’ Sampai Masuk Hospital Sebelum Dipecat Dari Kerja

Collage 27

Selalunya bila dah masuk alam pekerjaan, dah tak ada istilah denda ni. Paling-paling teruk pun kena marah dengan bos.

Tapi untuk syarikat dari China ni lain pulak. Dia telah memecat salah seorang pekerjanya lepas wanita itu masuk hospital kerana denda yang dorang berikan dengan alasan “dia tak boleh sesuaikan diri dengan budaya syarikat”.

Menurut Shanghaiist, wanita ini merupakan salah seorang dari tujuh pekerja di salah sebuah syarikat di Sichuan City yang dipaksa untuk makan snek pedas melampau kerana dorang gagal capai kuota kerja.

Kalau korang nak tahu, snek ini diberi nama “Batang Pedas Maut” dan bungkusannya diletakkan gambar tengkorak dan tulang.

Snack2

Selepas makan snek ini, wanita malang dan seorang lagi pekerja lain telah dimasukkan ke hospital. Menurut wanita itu, kerana terlalu sakit selepas makan snek tu, dia pengsan dan terpaksa diangkat keluar dari pejabat. Lebih teruk lagi, hari itu adalah hari pertama dia datang haid.

Snack3

Di hospital, doktor mengatakan yang wanita ini telah mendapat gastrik dan kejang perut yang sangat teruk.

Selepas perlu melalui kesakitan melampau itu, syarikat ini menolak untuk membayar pampasan atas penderitaannya dan hanya menawarkan untuk bayar balik bayaran hospital.

Tak cukup dengan itu, bila wanita ini pulang ke tempat kerja, dia diberitahu yang dia telah pun dipecat dan memberikan alasan wanita ini tak boleh sesuaikan diri dengan budaya syarikat.

Untuk pengetahuan korang, ini bukan pertama kali kejadian tak masuk akal macam ni berlaku di syarikat di China tau. Setahun lepas, satu syarikat mengejutkan netizen apabila dorang menyuruh pekerja yang tak capai KPI untuk makan ikan keli yang masih hidup dan minum darah ayam.

Mud Fish2

Satu lagi syarikat lain pula, seorang bos telah menyuruh pekerja-pekerjanya untuk makan peria dan telur mentah kerana gagal capai sasaran jualan dorang. Seriouslahhhh

 

Baca: “Tak rasa pun denda ni salah” –  Bos Paksa Staff Makan Anak Ikan Hidup & Minum Darah Ayam Sebab Tak Capai Target

Screenshot 2020 07 17 At 2.36.43 Pm

Sumber: Miao Pai
Sumber: Shanghaiist
Sumber: Shanghaiist