in

MAIS Cadang Naikkan Umur Layak Kahwin Dari 16 Ke 18!

Kah4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas kes seorang pak cik berusia 41 tahun yang kahwin dengan  kanak-kanak berusia 11 tahun menggemparkan Malaysia hari tu, memang ramailah yang gesa supaya undang-undang diperketatkan agar child marriage dapat ditangani.


Menurut mStar, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mencadangkan pindaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita adalah 18 tahun berbanding 16 tahun di bawah undang-undang sedia ada.

Kah1

Kah2 1
sumber: twitter

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri dah bertitah pada 19 dan 20 Julai lalu, so MAIS dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan satu perbincangan yang menyeluruh supaya dapat menyelesaikan isu ni.

Bagi dapatkan pendapat yang menyeluruh, dorang turut libatkan pakar daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan khususnya dalam bidang perubatan, universiti dan badan bukan kerajaan (NGO). Betul-betul serius ni!

“Hasil perbincangan tersebut, memutuskan cadangkan pindaan kepada peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan had umur minimum bagi perkahwinan di bawah umur bagi orang-orang Islam di Negeri Selangor.

“Cadangan pindaan adalah menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun selaras dengan had umur minimum bagi lelaki Islam di negeri ini,” katanya.

Bukan tu je, mesyuarat tu juga memutuskan untuk memperketat kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah.

Kah6
sumber: mstar

Antara syarat yang dicadang supaya diperketatkan ialah mewajibkan hakim mengarahkan kanak-kanak terlibat menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas dan menghadiri sesi kaunseling yang dikendalikan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kanak-kanak terlibat perlu jalani pemeriksaan perubatan dikendali pegawai perubatan hospital kerajaan. Hakim juga wajib siasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan panggil bakal suami, isteri dan ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.

“Selain itu, terdapat beberapa syarat lain yang bersifat ‘procedural’ perlu dikemaskini dan ditambah baik demi kepentingan mereka yang berhasrat berkahwin di usia muda ini,” katanya.

Memang hasrat MAIS memastikan kepentingan masa depan kanak-kanak sentiasa menjadi fokus utama dan menjadi sebagai pertimbangan utama Hakim dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan permohonan pernikahan bawah umur. Bagus!

“Isu tersebut menjadi berleluasa bukan sahaja di negara ini malah menjadi satu masalah global berlaku di seluruh dunia yang harus ditangani secara holistik dan berkesan,” katanya lagi.

Cayalah MAIS! Harap kes child marriage ni boleh ditangani sampai ke akar umbi!

Baca: Tak Setuju Haramkan Kahwin Bawah Umur – Pemimpin PAS

Kah5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.