Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada rakyat Malaysia sukar untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan latar belakang pendidikan mereka. Malah, masih ada sesetengah golongan yang dibuang kerja kerana syarikat tidak lagi mampu untuk menggaji mereka.
Bercerita tentang kerja, seorang individu bernama Naim ada berkongsikan kisah menarik berkenaan perangai orang yang meminta kerja bersamanya.
Pemohon berperangai pelik
Menurut Naim, dia ada meletakkan iklan di Facebook berkenaan jawatan kerja kosong untuk pekerja sambilan dengan bayaran RM100 sehari. Jelasnya, iklan tersebut mendapat sambutan dan ramai yang menghubunginya untuk bertanyakan tentang kerja itu.
Namun, ada beberapa individu yang memohon kekosongan jawatan itu mengejutkan Naim. Sambung pemuda ini, ada seorang lelaki berusia 26 tahun memohon kerja ini. Seperti syarikat lain, Naim menemuduga pemohon tersebut dengan bertanyakan latar belakang dan tujuannya memohon kerja ini.
Hasil temuduga itu mendapati lelaki berusia 26 tahun itu sudah lama tidak bekerja dan menyatakan hasratnya untuk bekerja demi kelangsungan hidup.
Susah bangun pagi
Selepas temuduga, Naim bersetuju untuk menerima lelaki tersebut untuk bekerja bersamanya. Namun selepas satu ketika, lelaki tersebut bertanyakan soalan pelik yang membuatkan Naim menggaru kepala.
“Bang saya nak tanya, kerja ni kena start pagi ke?
Menurut Naim, dia menerangkan semula kepada pemuda itu bahawa kerja ini akan bermula pada pagi sehingga petang dengan bayaran RM100 sehari.
“Alamak bang, saya ada masalah sikit la tentang kerja ni. Saya tak boleh kerja la kalau kerja ni start pagi”, ujar pemohon kerja itu.
Pemuda tersebut menyatakan kesukarannya untuk bangun pada waktu pagi jika dia bersetuju untuk bekerja. Meskipun masih belum mula bekerja, pemuda tersebut menolak pekerjaan tersebut kerana ia bermula pada waktu pagi.
@khairunnaim4 Episod 1 – Perangai mintak kerja
Dah 2022 pun ada perangai macam ni?
Jawapan pemohon tersebut ternyata mengejutkan Naim yang tidak menyangka masih ada orang yang berperangai begitu pada tahun 2022 yang rata-rata orang sukar untuk mencari pekerjaan
“Bayangkanlah tahun 2022, ada yang bagi alasan macam ni. Umur bukan muda, 26 tahun dah”
Video tersebut ternyata menghiburkan ramai warganet yang turut tidak menyangka masih ada individu yang tidak mahu bekerja kerana sukar untuk bangun pada waktu pagi.
“Tak boleh bangun pagi sebab tidur lewat main game…”, tulis seorang individu.
Apa pendapat anda tentang isu ini?
Kredit: khairunnaim4
BACA: Mark Zuckerberg Umum Akan Berhentikan Lebih 11,000 Pekerja