in

Mahkamah Dedahkan Nama Sebenar ‘Bang Jat’

Bangjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengasas produk  Nur Sajat, didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam, hari ini atas tiga kesalahan membabitkan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014, tiga tahun lalu.


Jika gagal membayar denda itu, Hakim Rofiah Mohamad memutuskan Nur Sajat boleh dipenjara selama enam minggu.

Tapi apa yang menarik perhatian adalah pihak Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki Sajat. Haaa! Selama ni admin mati-mati ingatkan dia tu wanita..Walaupunnn,…

 

Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

https://www.youtube.com/watch?v=qFJkt70K54U

Lapor Utusan, ‘Nur Sajat’ mengaku bersalah atas tiga pertuduhan gagal mengenakan penyata di bawah akta berkenaan. Dia didenda RM900 bagi setiap pertuduhan

Menerusi Berita Harian, Nur Sajat didakwa gagal mengemukakan penyata perniagaan kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia mengikut cara yang ditetapkan sepanjang 1 April 2015 hingga 30 Jun 2015, 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015 dan 1 Januari 2016 hingga 31 Mac 2016.

 

Lupa bawa kad pengenalan

Namasajat
Sumber : utusan

Ketika proses rayuan, Nur Sajat yang tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri meminta maaf kepada mahkamah selain memaklumkan tidak mengetahui berkenaan sistem GST ketika itu.

Alasannya kerana baru pulang dari luar negara

“Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,”

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Noor Asyikin Md Rodh manakala Nur Sajat tidak diwakili peguam.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

 

Baca : “Nak kata pakai span? Katalah” – Video Sajat Bergelek Lagu Arab Atas Bot Nak Tayang ‘Aset’

Sajatmenari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.