“Mahal juga ye kalau mati” – Kos Pengurusan Jenazah Tinggi, Ramai Yang Terkejut!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ajal dan maut itu di tangan Tuhan. Tak ada siapa tahu bila saat kita akan tinggalkan alam fana ini.

Sebab itu ramai yang tekun beramal ibadat demi mempersiapkan diri menuju kematian.

Kos pengurusan jenazah bukan murah

Selain beramal ibadat, ada juga orang sebut kena juga bersedia dari segi kewangan.

Kenapa pula nak bersedia untuk kematian selain daripada beramal ibadat?

Gambar yang dikongsikan di Twitter menunjukkan kos pengurusan jenazah itu bukan murah.

Sumber: Twitter

Terkejut dengan apa dikongsikan Haziq Hamzah, maka ramailah yang berdebat mengenai hal itu.

Pentingnya join skim khairat kematian surau

Tapi tak kurang juga ada yang mengingatkan untuk kita join je skim khairat kematian yang dibuat oleh surau atau masjid tempat kita tinggal.

Tak mahal pun, adalah dalam RM5-RM50 je setahun bergantung kepada tempat masing-masing.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Kos pengurusan jenazah Islam lebih murah berbanding agama lain

Walaupun ramai yang terkejut dengan gambar dikongsikan Haziq, tapi sekurang-kurangnya ia jauh lebih murah daripada pengurusan kematian masyarakat beragama lain.

Wow, sampai mencecah puluhan ribu ringgit!

Ini turut disokong oleh mereka yang mempunyai saudara-mara dari agama dan bangsa lain.

Malah, mereka juga berkata harga tanah perkuburan boleh mencecah sehingga RM30,000 hingga RM180,000 bergantung kepada lokasi!!

Jadi mula menyimpan duit dari sekarang demi kemudahan di kemudian hari. Kalau ada ahli keluarga lebih afdal, sekurang-kurangnya boleh uruskan sendiri dan kurangkan kos.

Baca: 3 Anak Muda Ni Sanggup Urus Jenazah Tanpa Terima Bayaran Sesen Pun!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.