in

“Macam tengok jasad sendiri”- Lelaki Ini Kongsi Pengalaman ‘Mati’ Selama 20 Minit Ketika Pembedahan

Feature 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tiba hari lahir, mesti kawan-kawan dan keluarga akan wish happy birthday dan doakan semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Namun, ajal maut di tangan tuhan, sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan berdoa, selebihnya tuhan yang menentukan.


Seteruk mana pun kemalangan atau kesakitan kita, kalau belum sampai ajal, maknanya masih ada peluang kedua untuk kita. Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Scott Drummond ini.

Die 1

Memetik laporan daripada Daily Star, lelaki yang kini berusia 60 tahun ini pernah diisytiharkan mati selama 20 minit ketika menjalani pembedahan akibat kemalangan ski beberapa puluh tahun lalu ketika dia berusia 28 tahun.

Difahamkan, Scott menceritakan pengalaman ini menerusi satu temu bual dengan Prioritize Your Life pada tahun lalu. Korang boleh tengok video penuh interview tu di YouTube.

Dia mendakwa sepanjang waktu dia tak bernyawa itu, dia macam dibawa ke tempat lain yang cantik. Ketika ‘kematiannya’ itu, Scott juga mengatakan dia mula-mula rasa ada sesuatu di lengan dan jantungnya dan tiba-tiba nampak jasad sendiri terbaring di dewan bedah dari bahagian atas.

Ketika itu juga, Scott macam rasa ada seseorang atau lembaga berada di sampingnya dan kini, dia percaya itu adalah tuhan. Dia juga nampak jururawat ketika itu menjerit sebab dia dah tak bernyawa. Dia kemudiannya telah ‘dibawa masuk’ ke alam lain oleh seseorang di mana ada sebuah padang cantik yang penuh dengan rumput dan bunga-bungaan.

Die 2

Ketika dia tengah asyik menikmati keindahan padang cantik tu, tiba-tiba lembaga yang bawa dia ke situ tadi dah tak ada. Scott juga menyifatkan suasana di tempat itu cukup tenang.

Ketika itu juga, dia telah melihat seakan paparan video kehidupannya dari kecil hingga dewasa. Scott menyifatkan kehidupannya macam tengah dihakimi pada saat itu.

Dia kemudiannya seakan dihipnosis untuk naik ke awan namun dia rasa macam ada tangan yang mencengkam dan berkata,

Belum sampai masanya lagi. Ada banyak lagi perkara yang perlu kamu lakukan,” katanya.

Tak berapa lama kemudian, dia telah kembali semula ke jasadnya. Pengalaman itu telah cukup mengajarnya untuk hidup dengan lebih baik. Selepas peristiwa itu juga, dia banyak meluangkan masa dengan keluarga dan orang tersayang.

Sumber: Daily Star, YouTube Prioritize Your Life 

Baca: Ditelan Ikan Paus Selama 30 Saat, Lelaki Ini Bersyukur Masih Hidup Lepas Dimuntahkan Semula

Die

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.