in

Ditelan Ikan Paus Selama 30 Saat, Lelaki Ini Bersyukur Masih Hidup Selepas Dimuntahkan Semula

Cats 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa korang rasa bila dapat tahu ajal korang memang sudah tiba masanya? Mesti rasa takut gila kan?


Korang nak tahu tak, ada sorang lelaki ini dia dapat rasakan yang dia betul-betul akan mati tak lama lagi bila pandangan dia tiba-tiba gelap. Macam mana boleh macam tu?

 

Ditelan ikan paus

Menurut portal berita CBS Boston, seorang lelaki yang dikenali sebagai Michael Parkard yang berusia 56 tahun telah ditelan oleh seekor ikan paus kelasa atau juga disebut humpback whale. Kejadian itu berlaku waktu dia tengah kutip udang galah yang dipancing di pinggir laut Provincetown, Massachusetts.

Dia agak terkejut waktu itu sebab tiba-tiba pandangannya bertukar gelap dan pada awalnya dia sangkakan dia ditelan ikan jerung putih tapi dia tak rasa ada gigi yang tajam menggigitnya.

Parkard menyedari kejadian yang berlaku kepada dirinya itu selepas beberapa saat dia ditelan dan berada di dalam perut ikan paus tersebut.

“Saya dapat rasa paus itu tengah telan saya dan dapat rasa saya sedang bergerak perlahan-lahan di dalam perutnya.”

 

Terfikir mungkin dah tiba ajal

Waktu itu, Parkard sudah terfikir yang mungkin ajal dia sudah tiba. Tapi, selepas 30-40 saat berada di dalam perut ikan tersebut, paus tersebut mula timbul di permukaan laut dan secara tiba-tiba Parkard dapat lihat sinaran matahari semula.

Rupa-rupanya, Parkard dimuntahkan semula oleh ikan paus itu selepas gagal dihadam di dalam perut ikan tersebut.

Ap050822012105

Selepas berjaya keluar dari perut ikan paus itu, Parkard terus ditarik masuk ke dalam bot oleh rakannya, Josiah Mayo yang masih terkejut dengan apa yang berlaku. Yela weh, siapa je tak terkejut tengok kawan kena telan dengan ikan paus depan mata sendiri kan.

Setelah berjaya diselamatkan, Parkard terus dibawa ke pusat perubatan Provincetown dan dirawat akibat kerosakan pada tisu lembut pada kakinya. Parkard bernasib baik sebab tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku pada dirinya.

Michael Packard

Mesti lelaki tu takkan lupa pengalaman hidup dalam perut ikan paus walaupun sekejap. Bukan semua orang dapat pengalaman unik macam tu, betul tak?

 

Sumber: CBS Boston

Baca:“Wow besar tu!”- Nelayan Selamatkan Ikan Paus Yu Terperangkap Dalam Pukat

Djsdsj

Sumber: CBS Boston

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.