in

“Macam orang dewasa” – [VIDEO] Budak Perempuan Selamba Beli Emas Guna Duit Raya Sendiri!

Duit Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya waktu menyambut Aidilfitri, pemberian duit raya adalah momen yang paling dinantikan oleh setiap kanak-kanak. Mereka adakalanya gigih dan sedaya upaya mengumpul duit sebanyak mungkin untuk disimpan dalam tabung atau belanja barang yang dah lama teringin nak beli.


Sama juga seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita ini di TikToknya @diyanarazip2 apabila dia memuatnaik satu video mengenai permintaan daripada anak perempuannya yang tak disangka-sangka.

@diyanarazip2

Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni ?

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Menerusi perkongsian video dari wanita yang lebih dikenali sebagai Diyana ini, budak kecil berkenaan pada awalnya dilihat gigih memilih emas sambil khusyuk berbual dengan peniaga tersebut. Nampak petah betul adik tu berborak!

Tidak lama kemudian, dia dengan selambanya membayar emas tersebut dengan menggunakan simpanan duit rayanya. Walaupun masih kecil, namun perilakunya yang meminati emas dah macam orang dewasa. Wah, mantaplah adik ni, pandai beli emas sendiri!

Bila difikirkan balik, selalunya yang masuk ke kedai emas adalah orang dewasa atau orang tua-tua tapi tak sangka pula waktu zaman sekarang ini, budak kecil pun dah mampu berfikir untuk beli emas dan bukannya beli mainan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kepandaian budak perempuan itu dalam membeli emas. Pada masa yang sama, mereka turut memuji si ibu kerana bijak mendidik anak untuk ‘melabur’ awal demi masa hadapan.

“Bagusnya…fikir masa depan?” – Komen netizen

“Bagusnyee kecik ii dah ajar anak berdikarii ???” – Komen netizen

Komen Budak

Lepasni mungkin kebanyakan ibu boleh ajar anak dari kecil untuk beli emas bagi jaminan masa hadapan. Betul tak korang?

Baca: “Kalah orang dapat KWSP” – Anak Neelofa Dapat Duit Raya Sampai RM14k?

Collage 2

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.