Tular Video Mengamuk Rosakkan Patung Premis Pakaian, Wanita Berstatus OKU Ditahan

Semalam, kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang wanita mengamuk sehingga merosakkan patung pakaian di sebuah kedai baju tular di Twitter.
https://twitter.com/SenahDebab/status/1669874548349747202
Dapat dilihat dalam video yang berdurasi selama 36 saat itu bahawa seorang wanita memakai baju putih telah menendang dan memijak patung pakaian.
Bukan itu sahaja, dia turut menolak rak-rak baju sehingga jatuh.
Difahamkan, kejadian tersebut yang sempat dirakam oleh orang awam telah berlaku di pusat beli belah terkemuka di Bayan Lepas.

Walau bagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, seorang wanita berstatus kurang upaya (OKU) kemudiannya telah ditahan setelah pihak polis di daerah itu menerima laporan daripada pekerja kedai baju tersebut pada jam 5.50 petang hari kejadian.
Menurut laporan polis pekerja kedai pakaian tersebut, wanita berkenaan yang berusia 26 tahun itu telah membuat bising di hadapan kedai sebelum dia kemudiannya merosakkan mannequin.

Wanita itu turut menendang kain rentang menggunakan skateboard.
Hasil siasatan mendapat ibu saudara wanita itu mengatakan bahawa wanita itu ialah OKU kategori terencat akal dan dia juga mempunyai masalah kesihatan.
Namun, wanita itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang terlebih dahulu agar pegawai perubatan boleh mengesahkan jika dia benar-benar mengalami masalah psikiatri.
Sumber: Harian Metro
Baca: Tular Video Wanita Mengamuk Dekat Stesen Minyak Sebab Tandas Tiada Air




