in

“Macam hantu The Ring!” – Wanita Tergamam Nampak ‘Reflection’ ‘Perempuan’ Pada Skrin TV Padahal Tengah Duduk Berseorangan

Hantu Tv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, korang pernah tak diganggu entiti paranormal? Kalau di internet, memang ramai je orang yang berkongsi pengalaman seram mereka. Lebih menakutkan, ada yang siap dengan bukti lagi macam gambar atau rakaman suara yang mereka sendiri tak boleh nak explain!

Bercakap tentang entiti paranormal, min nak kongsikan korang insiden yang menimpa seorang wanita bernama Esmeralda ini ketika dia sedang duduk berseorangan di hadapan televisyen yang di switched off di dalam rumahnya sendiri.


Korang boleh tengok video tu kat bawah ni:

@_wonderwoman1_

#ghost #hauntedhouse #creepy #shadow #reflection #scary #fyp #fpyシ #help #wheresmysage #hellnotothenonono

♬ original sound – Wonder Woman

Siapa pulak tu yang duduk sebelah dia? Rapat bukan main lagi!

Menerusi akaun TikTok miliknya, Esmeralda merakam satu video pendek dimana wanita itu bertanyakan kepada pengikutnya sama ada dia sedang berhalusinasi.

Dalam video terbabit, Esmeralda sedang duduk di atas sofa ketika dia terperasan sesuatu yang aneh pada refleksi dirinya di skrin televisyen yang di switched off.

“Bunyi bising di rumah saya datang dari bunyi akuarium kura-kura. Saya seorang diri di rumah sekarang tapi…”

1 Ghostjpg E1646535142233

Ketika Esmeralda memusingkan kameranya menghadap refleksi pada skrin televisyen, dapat dilihat dengan jelas satu sosok wanita berambut panjang dan berbaju putih duduk bersebelahan dengannya di atas sofa berkenaan.

Meskipun ada yang mengatakan Esmeralda sengaja mereka cerita dan mengubah gambar, dalam video sama, Esmeralda turut merakam bahagian kiri dan kanannya yang ternyata kosong.

Malah, dalam video sama juga, Esmeralda ada melambai-lambaikan tangannya dan sosok di sebelahnya hanya diam tak bergerak.

“Anjing peliharaan saya, Penny, juga mula menyalak pada arah sosok tu,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Esmeralda itu sudah ditonton sebanyak 11.5 juta kali dan meraih 1.6 juta tanda suka.

Aa Cover Kujbinnv5R3Slqplt6Fbuh41K0 20170125162824.Medi E1646535264536
Gambar hiasan

Meskipun ada yang menuduh Esmeralda menipu, ada juga yang mengatakan pengalaman wanita itu persis filem The Ring.

Sumber: Tiktok @_wonderwoman1_

Baca: [VIDEO] Geram Asyik Kena ‘Ganggu’, Wanita Ini Selamba ‘Sound’ Hantu!

Fi Sihir E1646533180392

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.