in

[VIDEO] Geram Asyik Kena ‘Ganggu’, Wanita Ini Selamba ‘Sound’ Hantu!

Fi Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ada tak pengalaman kena kacau dengan makhluk halus? Kalau tak teruk pun mesti paling-paling kacau sikit, manja-manja tu ada kan?



Tapi masa kena kacau tu, apa reaksi korang? Terus panik ke, tenang fikir baca ayat, doa apa yang patut ke atau cabut lari terus?

Kalau macam akak ni min salut habis lah. Dia boleh sound sekali kat hantu tu sebab geram sangat asyik kena kacau!

Melalui perkongsian di laman TikTok milik Beufit Nourish ini, dikatakan mereka sering diganggu dari atas ceiling pejabat. Katanya gangguan tersebut dialami mereka setiap hari.

@beaufit04

Semoga Allah jauhkan kita semua daripada perkara syirik & khurafat. #fypシforyoupage #fypdongggggggg #lostweight #sihir #dugaanmeniaga #Dengki #Fitcoffee #fypシ

♬ bunyi asal – Beaufit Nourish – Beaufit Nourish

Namun, akibat dah tak tahan sangat asyik diganggu berhari-hari sehingga paling teruk kedengaran bunyi seperti orang tebar pasir dan baling batu dari atas, akak ni beranikan diri ‘sound’ apa yang ada dekat atas ceiling tu.

Katanya gangguan tersebut berlaku akibat dihantar orang lain yang busuk hati. Biasalah adat berniaga, ada yang tak suka…

Jika dilihat di ruangan komen, ada yang kata tindakan akak ni mengamuk dan ‘sound’ ‘benda’ tu adalah tindakan yang betul. Kata mereka, jangan nampak kita lemah dan takut nanti ‘benda’ tu lagi suka.

Komen Sihir 4

Selain itu, ada juga yang mendoakan agar perniagaan akak ini dipelihara serta segalanya dipermudahkan. InshaAllah…

Komen Sihir F

Zaman serba moden ni tak payah lah guna cara kotor nak majukan bisnes tu…bersaing lah secara sihat, barulah rezeki berkat.

Baca: Kaki kiri bengkak hingga ke betis, Ustaz Kazim Dedah Disihir, Jumpa Abu Gambarnya Dibakar Di Tempat Mengajar

Baca Sihir

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.