in

“Macam drama, rupa-rupanya betul” – Bos Besar MK Curtain Buat Tik Tok Menyentuh Hati, Hadiahkan Pekerja Pakej Umrah

Pakcik Tik Tok Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang familiar dengan Tik Tok, korang mesti kenal dengan seorang bos Cina yang sentiasa viral dengan video Tik Toknya yang menggunakan Bahasa Malaysia.


Baru-baru ni, bos Cina tersebut memuat naik video Tik Tok terbaru yang menyentuh hati netizen ramai di Twitter. Fuh respect lah bos macam ni! 

 

“Alhamdulillah rezeki pakcik” 

Menerusi video tersebut, lelaki Cina bernama Khiu ni telah menjemput seorang pekerjanya yang berbangsa Melayu dan bertanya apakah impian lelaki tersebut dan adakah dia ingin pergi ke Makkah. 

Khiu kemudian membuat kejutan dengan memberi hadiah pakej umrah buat pakcik tersebut. Alahai sebak pulak admin tengok…

Pakcik itu di hujung video mengucapkan terima kasih kepada Khiu dan sentiasa mendoakan kebaikan kepada bosnya.

 

“Siapa bos Cina tu?” 

Korang mungkin kenal video-video Tik Toknya tapi tak ramai yang tahu Khiu ni sebenarnya bos besar bagi syarikat MK Curtain yang terlibat dalam industri menjual langsir.

Menerusi siasatan netizen, Khiu ni mempunyai lebih 300 pekerja dan mempunyai pendapatan sebanyak RM40 juta pada tahun 2016 lalu. Fuh hebat! Sempat lagi dia main Tik Tok ye! 

Jual Tirai
sumber: twitter

 

“Nanti aku dah kerja, aku harap aku dapat bos baik macam ni” 

Video ini telah mendapat pujian rata-rata netizen yang sangat suka dengan sikap bos tersebut. Beruntunglah pakcik dapat majikan yang baik hati. Bukan senang tau nak dapat majikan macam tu zaman sekarang ni.

Cina
sumber: twitter

Apa-apapun min doakan semoga umrah pakcik ni dipermudahkan dan semoga En Khiu ni terus buat Tik Tok yang lebih inspirational lepas ni. 

Baca: “Contoh majikan yang baik” – Eina Azman Balas Budi Bawa Bibik Tunai Umrah Bersama Keluarga

Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.