in

“Macam cendawan” – Tak Jejak Tanah, Rumah Unik Di Jepun Ini Hanya Dibina Di Atas Tangga

Deature 4 E1615088712769

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin maju teknologi, semakin banyak rekaan rumah yang kita boleh buat. Sistem smart home pun semakin menjadi pilihan orang ramai sebab mudah nak buat kerja. Tak payah susah-susah bangun kalau nak tutup suis lampu atau kipas.



Kali ini, admin nak kongsikan sebuah rumah yang menjadi perhatian ramai di media sosial disebabkan rekaannya yang unik dan lain daripada yang lain. Rumah di Jepun ini dikatakan mula tular selepas gambarnya dikongsikan oleh pengguna Twitter, Yuko Mohri.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, dapat dilihat bahawa rumah terbabit tidak menjejak tanah dan ia hanya dibina di atas sebuah tangga konkrit sahaja. Memang hebat lah teknologi orang Jepun ni.  

Rumah ini dikatakan telah dibina di Jobanki Prefectural Road 294, Bandar Azumigawa, Kota Takashima, Wilayah Shiga 520-1211. Pada mulanya, ada yang beranggapan bahawa gambar rumah ini telah di-edit sebab ramai yang tak percaya dengan kewujudan rekaan rumah seumpama itu.

Rumah 3

Namun, dengan bantuan internet, rupanya rumah ini memang wujud sebab ada netizen yang telah membuat carian di Google Maps.

Namun, sehingga kini, tujuan sebenar mengapa tuan rumah memilih untuk membina rumah dengan rekaan sedemikian masih kekal misteri. Walau bagaimanapun, menurut laman web Oddity Central, ada netizen yang berspekulasi bahawa tuan rumah mahu mengelak daripada membayar cukai tanah.

Rumah 1

Ada juga yang berpendapat tuan rumah mahu membina dua tempat letak kereta. Katanya, kalau rumah dibina seperti biasa di atas tanah, ruang letak kereta akan terhad memandangkan kawasan tanah itu agak sempit.

Rumah 2

Sehingga kini, gambar yang tular di Twitter itu telah mendapat 21 ribu Retweet dan lebih 100 ribu likes daripada warganet. Ada juga yang kata rumah ni nampak macam cendawan yang tumbuh.

Apa-apa pun, kawasan rumah ni nampak tenang dan cantik sebab dikelilingi oleh kehijauan alam. Korang ada teringin jugak ke nak bina rumah unik macam ni? 

Baca: Enggan Jual Rumah Teres Pembelian Arwah Emak, Pemaju Terpaksa Bina Kondo Keliling Rumah Pemilik

Rumah

Sumber: Twitter
Sumber: Google Maps
Sumber: Google Maps

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.