Siapa je yang tak kenal dengan Allahyarham Teuku Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P. Ramlee ni kan? Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia, tapi turut terkenal di serata dunia. Kalau ada yang tak tahu, P. Ramlee ni merupakan pengarah, pelakon, penulis lirik dan pemuzik prolifik.
Bila sebut sahaja karya P. Ramlee, korang mesti akan teringat filem seperti Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Do Re Mi dan Tiga Abdul. Sehingga kini, filem dan juga lakonan seniman negara Tan Sri P. Ramlee tidak pernah bosan untuk ditonton berulang kali. Min pun selalu tau ulang tengok filem P. Ramlee ni!
Hasil karya seniman agung ni dah banyak terap nilai persahabatan, nilai-nilai murni serta pengajaran selain memaparkan realiti kehidupan orang Melayu ketika itu. Tapi korang pernah terfikir tak tentang keturunan P. Ramlee ni?
Baru-baru ni, viral kat TikTok @otomentaro11 yang memuatnaik satu video yang mengejutkan ramai netizen. Lelaki ini kongsikan yang dia adalah cicit kepada lagenda kesayangan ramai ni!
https://www.tiktok.com/@otomentaro11/video/7081097512857193754?_t=8R63Xv5fMX3&_r=1
Dalam video tersebut, lelaki yang lebih dikenali sebagai Abu Ghazi ni dah buktikan dekat netizen yang dia sebenarnya memang cicit P. Ramlee. Dia siap buktikan lagi dengan menunjukkan akhbar Kosmo bertarikh 28 Disember 2008, ‘Menjejak Waris-Waris P. Ramlee’ yang menerangkan secara lanjut tentang salasilah keturunan seniman ini.
Untuk korang lebih faham, Abu Ghazi ni adalah cicit dari perkahwinan P. Ramlee dengan isteri pertamanya, Junaidah Daeng Harris. Nasir P. Ramlee pula merupakan datuk kepada Abu Ghazi.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen kata yang mereka seolah-olah tengah belajar subjek Sejarah dan ada juga yang memberi nasihat supaya lelaki ini meneruskan legasi P. Ramlee.
“Macam tengah belajar sejarah HAHAHA” – Komen netizen
“Perhh boleh masuk berita ni keturunan P. Ramlee” – Komen netizen
Semoga adik ni boleh jadi legend sama macam P. Ramlee yaa!