in

“Macam abang kawasan”- Individu Selamba Bina Bangsal Tengah Jalan, Semata-Mata Nak ‘Cop Parking’

Ft Bangsal Tengah Jalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak perlu ditekankan lagi kalau kita hidup berjiran kita haruslah sentiasa menjaga adab kita sesama jiran tetangga dan bertolak ansur.


Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook yang memaparkan aksi ‘cop parking’ yang berlaku di sebuah kawasan perumahan, namun perkongsian terbaharu ini telah memeranjatkan warganet.

Buat bangsal tengah jalan

BANGSAL DI TENGAH JALANPelik tapi benar.Lagi kes luar biasa. Bangsal diletakkan di tengah jalan bagi tujuan parkir….

Posted by Majlis Bandaraya Kuantan on Sunday, January 29, 2023

Menerusi hantaran berkenaan, sebuah van dilihat selamba parkir di tengah-tengah jalan di sebuah taman perumahan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah, pemilik van tersebut siap membina bangsal yang berbumbung untuk memastikan kenderaannya terlindung seperti berada di dalam sebuah garaj.

Bukan itu sahaja, pemilik kenderaan terbabit turut menggunakan jaring hitam untuk menutup kawasan sekeliling bangsal serta meletakkan penghadang jalan dan kon berhampiran kawasan bangsalnya.

328005391 565518348785617 7388054203421320584 N

Kejadian yang luar biasa ini dipercayai berlaku di sebuah kawasan perumahan di Kuantan, Pahang dan sehingga kini hantaran di Facebook itu telah meraih sebanyak 1.3K tanda suka daripada warganet.

Difahamkan pihak PBT, Majlis Bandaraya Kuantan telah mengeluarkan notis arahan pengalihan dan tindakan susulan bakal diambil jika gagal mematuhi notis berkenaan.

“Ini sungguh dasyat” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa pelik melihat tindakan pemilik van tersebut yang sanggup membina bangsal di tengah-tengah jalan dan ada juga di antara netizen yang menyokong tindakan PBT agar mengalihkan kenderaan tersebut dengan kadar segera.

Screenshot 2023 01 31 121241

Dasyat ek siap buat bangsal tengah jalan…

Baca : Pasang ‘Awning’ Terus Dapat ‘Parking’, Individu ‘Renovate’ Rumah Flat Jadi Bualan Netizen

Ft Rumah Awning Cop Parking 758X399 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.