“Maafkan saya abang” – Isteri Luluh Tak Dapat Selamatkan Suami Dibawa Ombak Di Pantai Batu Burok

Tambah ke Sumber Pilihan
“Maafkan saya abang” – Isteri Luluh Tak Dapat Selamatkan Suami Dibawa Ombak Di Pantai Batu Burok

Seorang isteri menanggung perasaan pilu apabila dia tidak dapat menyelamatkan suaminya yang dibawa arus ketika beriadah di Pantai Batu Burok, Terengganu.

Menurut laporan Berita Harian, Nora Elina yang berasal dari Petaling Jaya itu hanya mampu melihat suaminya, Zulkarnain dibawa arus.


“Maafkan saya abang, saya sudah berenang untuk menyelamatkan abang kira-kira lima meter daripada pantai,” luahnya.

Artikel berkaitan: Tragedi Kepala Air Bidor: Ibu & Anak Lelaki Umur 4 Tahun Ditemui Lemas, 2 Lagi Mangsa Hilang

Artikel berkaitan: “Kenapa tak tolong?” –  Budak 4 Tahun Lemas Dalam Kolam Renang, Abang Tiri Diberkas Polis

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi itu, Nora terlihat Zulkarnain timbul di permukaan air selang beberapa minit selepas dihanyutkan ombak.

Omba 1708244240Sumber: Berita Harian

“Kita mencampakkan pelampung ke arah Zulkarnain yang ketika itu timbul di permukaan air dan saya berenang ke arahnya untuk menyelamatkan dia.

Ketika berenang ke arahnya, kita juga turut dihanyutkan arus dan berpatah balik semula ke pantai bimbang turut ditenggelamkan ombak,” katanya lagi.

Dalam laporan yang sama, Nora dan Zulkarnain serta dua anaknya bercuti ke Terengganu dan menginap di sebuah hotel di kawasan Batu Burok sejak Jumaat dan sepatutnya mendaftar keluar hari ini.

Nora Elina berkongsi, sebelum kejadian suaminya sedang bermain ombak di tepi pantai, manakala dia dan dua anak bermain pasir di pantai.

Selain itu, Komandan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Yusnizan Yusof, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian daripada pengurusan hotel, kira-kira jam 11.30 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Maafkan saya abang” – Isteri Luluh Tak Dapat Selamatkan Suami Dibawa Ombak Di Pantai Batu Burok
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/maafkan-saya-abang-isteri-luluh-tak-dapat-selamatkan-suami-dibawa-ombak-di-pantai-batu-burok/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM