in

“Makanan dia bawak tu berkat” – [VIDEO] Surau Ditutup Sepanjang PKP, Rider FoodPanda Solat Di Tepi Jalan

Feature 3 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ramai yang bekerja dari rumah, namun work from home bukanlah pilihan buat golongan penghantar makanan seperti Grab Food dan Food Panda ketika perintah kawalan pergerakan.


Mereka masih bekerja seperti biasa untuk memastikan kita sentiasa dapat makan. Namun, kadang-kadang mereka terpaksa menghadapi cabaran ketika menghantar pesanan pelanggan.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @shahrulxr, ada rider FoodPanda yang terpaksa solat di tepi jalan sebab semua surau ditutup sepanjang tempoh PKP.

 

Bagus lah kan, sebab dalam Islam pun ada mengatakan bahawa kita dibenarkan untuk solat dimana-mana kecuali tandas dan kubur.

Food Panda 3

Selagi tempat tersebut bersih daripada sebarang kekotoran, tiada masalah untuk menunaikan solat.

Ada juga yang mempersoalkan kenapa tidak solat di surau stesen minyak. Rupanya, surau di stesen minyak juga ditutup sepanjang PKP.

Surau

Selain itu, ada juga netizen yang mengatakan rider penghantar makanan juga mengalami masalah kulit kering dan menggelupas disebabkan terlalu kerap mencuci tangan dan menggunakan hand sanitizer.

Foodpanda 1

Ramai yang salute dengan tindakan abang rider ni sebab solat kan tiang agama.

Foodpanda 2

So, korang kalau order makanan tu, boleh lah try bagi tips lebih sikit kat abang-abang rider ni.

 

Baca: Makan Tak Ingat Dunia Lepas Dipaksa, Kesian Tengok Adik FoodPanda Ini Kerja Teruk 

Foodpanda

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.