“Lu steady ah cha!” – Netizen Puji Sikap Individu Ni Berani Marah ‘Gangster’ Pukul Rider Grab

Untuk korang yang tak tahu cerita, baru-baru ni tular video seorang rider GrabFood dibelasah hingga tak sedarkan diri dan motornya dihancurkan gara-gara dia dituduh mencuri telefon.

Kerana pergaduhan dalam video ini melibatkan dua bangsa, berlaku pertegangan urat antara netizen di Twitter yang rata-ratanya mengutuk tindakan dan bangsa sekumpulan lelaki yang membelasah rider tersebut.

Namun, dalam banyak-banyak komen tentang video ini, salah satu komen dari seorang pengguna Twitter dengan nama @NaveenrajKalai telah mendapat perhatian luar biasa dari netizen.

Walaupun Naveen tweet dalam tiga bahasa, tapi admin rasa serba sedikit korang fahamlah apa yang dia cakap mengenai video tular itu.

So, basically lelaki ni cakap kenapa samseng-samseng ni nak tunjuk yang dorang ni gangster, padahal lelaki tu sorang je. Lepastu kalau orang lain main sentimen bangsa tahu pulak nak marah.

Kemudian Naveen menambah yang dia stress bila gangster dalam video ni nak main sentimen bangsa kerana dia ramai kawan pelbagai bangsa dan dengan tanggapan negatif macam ni, sampai bila pun orang Malaysia tak akan bersatu.

Setakat ini, tweet Naveen telah pun mendapat sebanyak 10.4k retweets dan 5.9 likes. Rata-rata netizen pula memuji cara lelaki ini.

Ada betulnya apa yang dia cakap tu, tak perlulah nak panaskan lagi dengan isu perkauman. Dah-dahlah tu.

 

Baca: “Bagilah dia explain dulu!” – [Video] Rider Dipukul Sekumpulan ‘Samseng’ Sebab Dituduh Mencuri, Padahal…

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson