in

“Bagilah dia explain dulu!” – [Video] Rider Dipukul Sekumpulan ‘Samseng’ Sebab Dituduh Mencuri, Padahal…

Collage 64

Macam yang korang tahu, motor bagi pekerja servis menghantar makanan adalah punca rezeki dorang. Kalau tak ada motor, dorang tak boleh nak buat kerja. Sebab tu, bila korang tengok video rider GrabFood ni merayu supaya motor dia tak dirosakkan memang rasa kesian betul.

Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter telah memuatnaik beberapa video menunjukkan seorang rider GrabFood dibelasah oleh sekumpulan “samseng” hingga menyebabkan dia tak sedarkan diri di tepi jalan. Bukan tu je, motor dia pun turut dirosakkan sampai dah tak boleh guna! Apa yang dia buat sampai teruk sangat kena belasah?

Menurut beberapa saksi di bahagian replies video ini, seorang lelaki dari kumpulan samseng itu dikatakan dengan tak sengajanya terlanggar rider malang ini. Mereka mula bertegang urat bila rider GrabFood mula meminta lelaki tersebut membayar ganti rugi motornya yang rosak.

Di pertengahan pergaduhan mereka, telefon lelaki yang melanggar rider ni terjatuh di atas jalan, so rider tu nak tolong ambilkan tapi lain pula yang jadi.

Dikatakan, semasa rider ni cuba untuk tolong angkat telefon, kumpulan samseng ni salah sangka sebab dorang ingat rider tu nak curi telefon tersebut dan mula membelasah lelaki malang ini.

Tak cukup dengan menumbuk dan tendang lelaki ni, kumpulan samseng ni mula menghancurkan motosikalnya pula. Lelaki malang ini kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan tak sedarkan diri. Nasib baik, rider ni sempat call adik iparnya sebelum dia tak sedarkan diri.

Ekoran dari video ini, ramai netizen yang kecewa kerana kumpulan samseng ini tak bagi langsung peluang untuk lelaki ni explain. Kalau korang tengok video dekat atas ni, korang boleh tengok macam mana dia merayu supaya motor tak dirosakkan. Allahu, memang kesian.

Screenshot 2019 10 30 At 9.58.39 Am Screenshot 2019 10 30 At 9.59.00 Am Screenshot 2019 10 30 At 9.59.18 Am

Kalau betul dia tak curi memang tak patut dia kena macamtu, kalau betul dia curi pun boleh je settle cara lain. Haih

 

Baca: “Tahu aku siapa? Aku penguatkuasa” – Dakwa Diri Orang DBKL, Lelaki Belasah & Ludah Warga Emas Sebab Enggan Bagi Rm 5

Screenshot 2019 10 30 At 10.17.22 Am