in

“Kenapa nak bela?” – Video Unboxing Lipas Beli ‘Online’ Buat Ramai Meremang

Collage 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni nak beli apa-apa barang pun senang je, tak payah keluar rumah pun, pilih-pilih dekat phone terus sampai depan rumah.


Bukan tu je, apa-apa barang korang nak beli pun memang boleh dapat dari benda yang senang cari hinggalah ke benda rare yang tak terfikir pun.

Contohnya macam satu video viral di mana seorang wanita kongsikan dia unboxing puluhan anak lipas yang dibeli online. Ya, LIPAS!

Dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat wanita tersebut telah membuka parcel yang dibeli online dan dalam tu ada dua jenis lipas iaitu Dubia Roach dan Turkish Roach.

@miefarah

Turkish Roach 🪳 tambah stok lipas sebab anak2 da makin banyak 😂

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Korang mesti tertanya-tanya kan, kenapalah dia ni pergi beli dan bela lipas padahal kita ni kalau jumpa lipas memang dah bunuh dah.

Menjenguk ke akaun TikTok @miefarah, rupanya lipas yang dibelinya itu adalah untuk dijadikan makanan untuk iguana belaannya.

Untuk pengetahuan korang, lipas-lipas yang dibelinya ini bukan lipas biasa korang nampak kat rumah tu tau, lipas jenis macam kat atas tu memang tinggi protein untuk binatang yang makan serangga.

@miefarah

Replying to @MOMOF14FURKIDS tu la kan, mahal dubia pastu tak senang mati macam superworm. Senang nak jaga. Bila bertelur pun dah bahagia sangat 😂 #dubiaroaches #dubia #eggs #layeggs

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Rupanya wanita ni memang gemar bela binatang-binatang eksotik ni tau, ada satu video lain, dia juga turut buat video unboxing katak yang dibeli online. Cantik-cantik warna katak dia tapi min memang tak berani weyyy

@miefarah

Dah tak pasal2 kan merasa terbang 😂

♬ Funny Song – Funny Song Studio & Sounds Reel

Rata-rata netizen yang tengok video unboxing lipas ni memang meremang dan tak percaya ada orang yang sanggup pegang lipas macam ni lagi-lagi untuk beli dan bela.

Screenshot 2023 03 09 At 11.34.07 Am Down

Macam macam rupanya boleh beli online. Siapa nak gak bela lipas?

 

Baca: “Satu tak cukup” – Shuhada Nekad Berniaga ‘Online’ Untuk Sara Hidup Tanpa Bantuan

Shuhada Berniaga Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.