Lokasi Rumah Ditukar Jadi ‘Miskin Adab’ Di Google Maps, Tuan Empunya Parcel Tampil Mohon Maaf

Tambah ke Sumber Pilihan
Lokasi Rumah Ditukar Jadi ‘Miskin Adab’ Di Google Maps, Tuan Empunya Parcel Tampil Mohon Maaf

Baru-baru ini tular satu foto di media sosial berkenaan dengan nasib seorang penghantar barang yang dilayan kasar menerusi tulisan yang terpampang di bungkusan penghantaran itu.

Gambar tersebut menunjukkan panduan ke rumah penerima dengan ayat-ayat yang penuh dengan sindiran. Melihat kata-kata yang diberikan oleh penerima itu, pemilik parcel teruk dikecam satu Malaysia.


“Kalau b*doh tengok maps jangan jadi rider”

340643602 3389795144574496 9022659611371847541 N 1

Oleh itu, pemilik bungkusan tersebut ada membuat permohonan maaf secara terbuka, mengaku dirinya khilaf, individu yang enggan mendedahkan dirinya ini meminta maaf kepada rakyat Malaysia melalui Shahruddin Helmy untuk disampaikan sampai ke mata warganet.

Individu tersebut juga mengaku salahnya dan menyesali dengan tindakan yang dia telah lakukan, difahamkan lebih teruk lagi, alamat rumah individu tersebut telah bertukar nama ‘miskin adab’ di Google Maps.

Berikut merupakan kenyataan dan penjelasan individu ini.

Sebagai seorang yang turut bekerja sebagai delivery rider, Shahruddin juga akui rasa terkesan apabila membacanya. Shahruddin mengaku bahawa dia mungkin akan tularkan juga seandainya perkara ini terjadi keapdanya.

Jelasnya, mula-mula dia malas nak ambil pusing namun, setelah melihat individu yang merupakan pengikutnya di Facebook dilihat memang benar-benar ikhlas ingin membuat permohonan maaf, dia pun rajinkan diri dan menggesa orang ramai untuk memaafkan pemilik parcel tersebut.

“Siapalah kita ni sebagai manusia untuk menghukum kesilapan orang lain dan saya berharap pemilik parcel ini betul-betul insaf dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Di bulan Ramadhan yg mulia ni harap kita semua dapat memaafkan kesilapan beliau dan memadam semua post-post di pages-pages dan juga memadam nama beliau di Google Maps.”

Hurm, memang betul-betul hebat kuasa viral ni, apa pun jaga lah tingkah laku kita.

Baca : Ada Wajah Budak Dicetak Pada Parcel Dari China? Ini Kisah Sedih Disebaliknya…

Kotak Ada Gambar Budak China

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lokasi Rumah Ditukar Jadi ‘Miskin Adab’ Di Google Maps, Tuan Empunya Parcel Tampil Mohon Maaf
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lokasi-rumah-ditukar-jadi-miskin-adab-di-google-maps-tuan-empunya-parcel-tampil-mohon-maaf/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM