Kalau sebut sahaja pasal scammer, mesti ramai di antara warganet yang mempunyai pengalaman apabila berhadapan dengan taktik kotor mereka ini untuk mencuri duit.
Bukan itu sahaja, taktik yang digunakan oleh mereka juga akan berubah dari semasa ke semasa untuk mengelak daripada terkantoi.
Macam baru-baru ini, melalui sebuah ciapan di Twitter seorang wanita telah berkongsikan kisah bagaimana dirinya menjadi mangsa scammer dengan terpaksa membayar sebuah bungkusan barang secara cash on delivery (COD).
https://twitter.com/hawanis_/status/1591734757335126016?t=jkprsqd0UREmZPkkWs-s3g&s=19
Terpaksa bayar RM69?!
Wanita itu mendakwa, bungkusan barang yang dihantar daripada sebuah kedai online itu tidak pernah dipesan olehnya malah dia terpaksa membayar RM69 sebagai caj penghantaran barang tersebut.
Menurutnya lagi, dia juga berasa pelik bagaimana scammer tersebut mendapat data peribadinya seperti nama, alamat dan nombor telefonnya yang ditulis sebagai penerima di atas bungkusan berkenaan.
Melalui thread ciapan itu, ada pengguna yang berkongsi kisah bagaimana pihak scammer ini memaksa golongan yang lebih berusia untuk membayar caj penghantaran itu atau mereka akan membuat laporan polis.
Dapat bag la…sudu la…
Apa yang lebih mengejutkan, dia bukan orang pertama yang menjadi mangsa penipuan ini, malah ramai juga yang telah tampil mendedahkan perkara sama apabila mereka terpaksa membayar sejumlah wang ketika penghantaran barang.
Ada di antara mangsa yang memaklumkan barang yang diterima adalah seperti bag, botol air, set sudu plastik dan beberapa barangan yang lain namun perlu membayar dalam RM69 ke RM79.
Malah, rata-rata netizen mengatakan bahawa scammer tersebut menggunakan kurier dan alamat penghantar yang berbeza-beza sebagai modus operandi mereka, lapor Kosmo.
Alamat penghantar barangan tersebut bernama ‘Zombie Online Shop’, namun pemakluman alamat mangsa masih lagi menjadi persoalan sehingga kini.
Harap semua pengguna media sosial lebiuh berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi..
Baca : Guna Gambar Awie & Artis Terkenal Untuk Jual Tiket Konsert, Wanita ‘Scammer’ Kena Tahan Polis