in

“Lofa nampak bahagia lepas kahwin” – Netizen ‘Bersemut’ Tengok Neelofa & PU Riz Bertepuk Tampar Dalam Cable Car, Pegang Tangan Tak Lepas!

Loparizsusweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai tahu, selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, PU Riz kini berada di Pulau Langkawi atas urusan kerja.


Meskipun terpalit beberapa isu kontroversi baru-baru ini di media sosial, apa yang menarik perhatian netizen ialah kemesraan pasangan tersebut yang kini sedang viral di TikTok. Amboi-amboi pengantin baru! 

Lofa 3

 

“Bersemut haih tengok pengantin baru niii” 

Sebuah video yang dimuat naik peminat pasangan tersebut di Tiktok viral dengan mendapat lebih 94,000 likes dan 2000 lebih komen memaparkan kemesraan dan momen sweet Neelofa dan PU Riz semasa bersiar-siar di cable car Langkawi.

Berlatarkan lagu ‘Anugerah’ nyanyian Syakir Daulay, Neelofa dilihat sedang bermanja dengan suami di dalam cable car dan terdapat juga potongan video yang menunjukkan Neelofa erat memegang tangan suaminya tanpa lepas.

@kynafazlan

bersemut tgk pengantin baru niii ? #fyp #nilofa #neelofa

♬ Anugerah – Muhammad ?

 

“Lofa manja bukan gedik. Dah laki dia biarlah dia happy dengan caranya” 

Video tersebut mendapat komen positif netizen yang ternyata hampir ‘diabetes’ dibuatnya apabila melihat kebahagiaan pasangan tersebut.

Ramai di kalangan netizen juga sempat meluahkan rasa kesal dengan netizen di platform media sosial lain yang mengecam pasangan tersebut kerana sering berkongsi adegan mesra bersama di tempat awam.

Apakah Lobenak

Baca: “Tujuan saja nak bergurau-gurau” – Peniaga Jus Mangga Tak Sangka Gambar Bersama Neelofa & PU Riz Tular, Jadi Punca Kekecohan

Lofa Langgar Sop

Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.