Lintasan Rafah Dibuka Semula, Namun Pergerakan Keluar Masuk Masih Terhad

Tambah ke Sumber Pilihan
Lintasan Rafah Dibuka Semula, Namun Pergerakan Keluar Masuk Masih Terhad

Lintasan Rafah antara Gaza dan Mesir akan dibuka semula bermula Ahad, namun hanya melibatkan pergerakan secara terhad.

Lintasan Rafah merupakan satu-satunya laluan masuk dan keluar Gaza yang tidak melalui Israel.


Laluan itu berada di bawah kawalan tentera Israel sejak Mei 2024 dan hanya dibuka secara terhad pada awal 2025 bagi tujuan tertentu.

Menurut pengumuman pihak Israel, keputusan itu dibuat selepas tekanan berbulan-bulan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan kemanusiaan serta rakyat Palestin yang mendesak supaya laluan penting itu dibuka bagi meringankan krisis kemanusiaan di Gaza.

Sebelum ini, Israel enggan membuka Lintasan Rafah sehingga menerima kembali mayat tebusan terakhir, Ran Gvili, yang telah dikebumikan pada Rabu lalu, lapor Berita Harian.

Lintasan Rafah
Lintasan Rafah

Artikel berkaitan: Gelombang Ketiga Flotila Kini Dalam Perjalanan Ke Gaza, Apa Beza Dengan Dua Misi Sebelumnya?

Artikel berkaitan: Kronologi Perjalanan Global Sumud Flotilla 2025 Ke Gaza, Sebahagian Kapal Kini Ditahan Israel

Pada Jumaat, Hamas menyeru peralihan segera ke fasa kedua gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat, termasuk pembukaan penuh Lintasan Rafah serta kemasukan jawatankuasa teknokrat Palestin.

Menurut badan Kementerian Pertahanan Israel yang menyelia hal ehwal sivil di wilayah Palestin yang diduduki (COGAT), kemasukan dan keluar melalui lintasan itu hanya dibenarkan dengan koordinasi Mesir, kelulusan keselamatan Israel serta pemantauan Kesatuan Eropah (EU).

Pintu masuk berkenaan amat penting bagi penyaluran bantuan kemanusiaan, khususnya bahan api dan bekalan asas.

Perang Gaza tercetus susulan serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mengorbankan 1,221 warga Israel, manakala lebih 71,600 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh setakat ini.

Sumber: Berita Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lintasan Rafah Dibuka Semula, Namun Pergerakan Keluar Masuk Masih Terhad
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lintasan-rafah-dibuka-semula-namun-pergerakan-keluar-masuk-masih-terhad/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM