Umum mengetahui bahawa pelakon, Que Haidar dan bekas isterinya, koreografer terkenal Linda Jasmine telah bercerai pada tahun 2024 selepas mendirikan rumah tangga sejak 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan.
Namun, komen yang ditinggalkan Linda Jasmine di TikTok baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, khususnya peminat industri hiburan tanah air.
Menerusi ruangan komen tersebut, seorang pengguna media sosial dilihat menyarankan agar Linda dan Que kembali bersatu.
Individu itu turut menitipkan doa agar kedua-dua selebriti berkenaan sentiasa dilindungi daripada sebarang perkara tidak baik.

Artikel berkaitan : Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin
Artikel berkaitan : “Cantik, Macam Selena Gomez!” – Anak Dara Que & Linda Dah Berusia 12 Tahun, Mula Ikut Langkah Ibu Suka Menari
Namun, anak sulung Linda dan Que, Tengku Ratu tampil membalas komen tersebut dengan menulis, “Terima kasih atas keprihatinan anda, tetapi anda tidak mengetahui apa yang telah berlaku.”
Linda turut memberikan respons di ruangan komen sama dengan menjelaskan bahawa keputusannya untuk bercerai adalah demi melindungi anak-anak daripada perkara tidak baik.
Yes, I am protecting them from evil… That’s why I divorced him #ytjt,” tulis Linda Jasmine.
Komen Linda itu telah mencetuskan tanda tanya mengenai sebab pasangan itu berpisah pada Julai 2024 lalu kerana sebelum ini, media melaporkan kedua-dua mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak-anak meskipun bercerai, lapor Astro AWANI.
