Baru-baru ini, kecoh apabila Ustaz Ebit Lew (UEL) dikecam oleh beberapa golongan yang menganggap UEL tidak sepatutnya menunjukkan sumbangan yang diberikan buat tontonan umum.
Lebih teruk, UEL telah dipanggil oleh pihak polis untuk diberikan keterangan lanjut. Namun, semuanya kembali tenang apabila pihak polis telah pun mengesahkan pendakwah tersebut diberikan kebenaran untuk memberi sumbangan keperluan terutama makanan kepada golongan tidak berkemampuan ketika tmpoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melihatkan isu ini, empat penceramah terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Syamsul Debat, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Baharim dan Dr. Izhar Ariff tampil untuk membahaskan isu ini dengan menggunakan panggilan video.
Tonton video tersebut di bawah ini:
Berdasarkan video tersebut, rata-rata daripada penceramah tersebut bersetuju dan menyokong tindakan Ustaz Ebit Lew dalam menyampaikan dakwah dengan cara membantu golongan susah.
Teruskan usaha anda Ustaz Ebit Lew!