“Life is hard dik, semoga dipermudahkan” – Netizen Tersentuh Adik Ni Cari Rezeki Jadi Rider Walaupun Baru Form 4

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang ramai budak sekolah sekarang pandai cari duit dengan membuat kerja-kerja sambilan, bagi menambah pendapatan sampingan mereka — sama macam adik kita yang sorang ni.

Seorang pengguna Twitter, @ariffazharb ada memuatnaik satu perkongsian mengenai seorang pelajar tingkatan 4 yang membuat kerja sambilan sebagai rider penghantar makanan setiap kali hujung minggu.

 

Kalau dah ambil subjek akaun dan matematik tambahan tu, rasanya memang bukan calang-calang orang adik ni.

Apa pun, perkongsian itu sekali gus membuatkan netizen lain tersentuh — sehingga ada yang berpakat untuk menghulurkan bantuan kepada beliau.

Memang hebat la cerita dia kalau pandai juggle time untuk belajar dan cari duit. Semoga segala urusan adik ni dipermudahkan, dan kalau korang nak tahu update selanjutnya kisah adik ni — mungkin boleh follow Twitter @ariffazharb okay?

 

Baca: “Nasib baik ada brader tu” – Netizen Puji Tindakan Lelaki Ini Bantu Kenderaan Elak Tayar Sesat

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nab Talib

Seorang yang selalu berangan untuk bekerja di Dunder Mifflin Paper Company, dan penggemar berat Morrissey.