in

Licik! Lelaki Sewa Kereta Perodua Axia Di Selangor Tapi Jual Di Kelantan Dengan Harga RM1,500

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita pasal kereta sewa ni, teringat dulu zaman-zaman dekat universiti. Hujung minggu ke, kalau nak berjalan jauh sikit dari kampus, mesti cari kereta sewa. Biasanya, korang yang selalu sewa kereta ni, mesti akan pulangkan dalam keadaan sama yang korang dapat kan?


Tapi, nasib seorang pengusaha kereta sewa dari Selangor ni tak berapa nak baik apabila kereta Perodua Axia miliknya hilang tanpa khabar berita sejak 12 Mei lepas dan selepas tular di media sosial, akhirnya kereta tersebut berjaya ditemui hasil dari maklumat orang ramai.

1078382 E1622618004620

Apa yang menariknya, menurut laporan Sinar Harian, kereta berkenaan ditemui di Tanah Merah, Kelantan dan pemandu kenderaan terbabit bukanlah penyewa tersebut, tetapi seorang lelaki berusia 40 tahun yang mendakwa telah membeli kenderaan terbabit.

Dia dimaklumkan bahawa kereta itu ‘kereta sakit’ dan akan menyambung bayaran ansuran selepas urusan dokumen kenderaan itu diperoleh daripada pihak yang menjual kereta

Deposit RM1,500

Menurut cerita lelaki berkenaan, beliau membeli Perodua Axia ini dari penyewa dan telah membayar RM1,500 sebagai deposit dan akan membayar bakinya secara ansuran selepas mendapat dokumen dari penjual (penyewa) terbabit.

Penyewa tersebut juga didapati telah melakukan beberapa pengubahsuaian kepada kenderaan tersebut serta memberitahu pembeli berkenaan bahawa kereta tersebut adalah ‘kereta sakit’.

Axia Sewa Curi

Menurut pengusaha kereta sewa terbabit, kereta tersebut telah dipasang cermin gelap selain mengubah nombor plat kepada saiz yang lebih kecil.

Lihat gambar sebelum (kiri) dan selepas diubahsuai (kanan).

Cats 11

Selain itu, sistem pengesanan global (GPS) kenderaan tersebut didapati tidak berfungsi dan dipercayai telah dibuang oleh penyewa tersebut sebelum menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga.

Kenderaan tersebut telah dibawa ke balai polis dan akan dibawa pulang selepas segala urusan selesai. Sementara itu, suspek bersama seorang anak perempuannya dikatakan berkemungkinan masih berada di Kelantan.

Sumber : Sinar Harian

Baca : Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu

Ha

 

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.