in

Lelaki Pecah Kereta, Tapi Upah ‘Driver’ Lain Untuk Curi Kereta Sebab Baru Dapat Lesen Memandu

Fi Kereta E1634347777977

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang jumpa atau dengar cerita tentang pencuri yang masih takut-takut nak buat satu jenayah tu?


Seperti kisah ini apabila seorang lelaki mencuri sebuah kereta tapi bukan dia yang memandu kereta itu. Korang cuba fikir kenapa dia buat macam tu eh?

Cara tu dah hebat dah, tapi..

Seorang lelaki di China mencuri tumpuan apabila dia berjaya mencuri sebuah kereta pada 17 Mac yang lalu di Guangzhou, China.

Apa yang menarik perhatian, dia yang boleh dianggap ‘hebat’ kerana berjaya membuat kunci pendua kereta tersebut dan siap hidupkan enjin kereta itu lagi.

Seterusnya, dia telah mengupah orang lain untuk memandu kereta tersebut ke destinasi yang sudah dirancang.

Menurut China Press, pencuri tersebut meminta pemandu itu memandu kereta ke wilayah Yulin, Guangxi, yang dikatakan sejauh 400km dan meninggalkan kereta terbabit di sebuah kawasan.

Kemudiannya, pemandu upahan tersebut melarikan dirinya ke wilayah Huizhou yang dianggar 150km jauh dari Guangzhou.

Kereta 1

Walau bagaimanapun, pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian itu dan mereka juga berjaya mendapatkan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek sedang mencuri kereta berkenaan.

Tapi apa yang memeningkan pihak polis, rupa paras orang yang mencuri dan memandu kereta itu menunjukkan dua orang yang berbeza.

Disamping itu, pihak polis dapat menahan pemandu tersebut sebelum menangkap mastermind kepada rancangan ini. Apa yang paling mengejutkan bila polis bertanya kenapa dia upah orang lain, dia berkata yang dia baru dapat lesen. Aduh kenapa eh.

Kereta 2

“Saya baru dapat lesen memandu jadi saya takut untuk memandu jauh” 

Tuntasnya, jawapannya mengejutkan pihak polis namun dia turut disoal siasat jika terlibat dengan sebarang kes kehilangan kereta yang lain.

Kerja dah jahat dah, tapi masih lembut hati

 

Baca : Siap pasang air cond- Pencuri Tertidur Di Rumah Yang Dia Rompak, Rupanya Tuan Rumah Pegawai Polis

Foot Kereta

Sumber: China Press
Sumber: China Press

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.