in ,

Level International! BoBoiBoy Movie 2 Menang Dua Anugerah Di Laurus Film Festival, Rusia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem animasi Malaysia, BoBoiBoy Movie 2 (BBM2) telah berjaya merangkul dua anugerah di Laurus Film Festival yang berlangsung di Rusia.


Perkara ini diumumkan sendiri oleh akaun rasmi BoBoiBoy di laman Facebook dan Twitter. Difahamkan, filem animasi ini berjaya memenangi kategori ‘Best Poster’ dan ‘Best Trailer’.

Tahniah! BoBoiBoy Movie 2 telah memenangi DUA ANUGERAH dari Laurus Film Festival, Rusia❗⚡#BoBoiBoyMovie2 #Awards || http://laurusfilmfestival.ru/winners/

Posted by BoBoiBoy on Khamis, 11 Jun 2020

Kemenangan ini ternyata cukup disenangi oleh para peminat tempatan yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen akaun BoBoiBoy dengan ucapan tahniah.

Mengikut rekod, filem animasi yang ditayangkan pada 8 Ogos tahun lalu ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM30 Juta, meletakkan BoBoiBoy Movie 2 di tangga keempat dalam senarai kutipan filem tertinggi di Malaysia.

 

BACA: “Haram Ambil Duit Hasil Jualan Kek Bertemakan Karakter Seperti Upin Ipin, Boboiboy...”

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.