in

“Sebijik weh” – Pelakon Suara Boboiboy Jadi Guru Sekolah, Pelajar Teruja Dengar Suara Ketika PdPR

2Boy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia telah banyak menghasilkan animasi untuk tontonan umum. Antara animasi yang mendapat tempat di hati generasi muda kini ialah Upin Ipin, Ejen Ali dan Boboiboy.


Kali ni min nak share sikit pasal Boboiboy. Bukan pasal filem baru, tapi min nak fokus kepada pelakon suara watak animasi itu.

Nur Fathiah Diaz adalah pelakon suara watak Boboiboy dan kini bertugas sebagai seorang guru. Dalam kelas PdPR baru-baru ini, beliau sempat belanja suara Boboiboy kepada murid-muridnya. Korang boleh dengar dan tengok reaction pelajar beliau dalam video @KadirSyikin kat bawah.

 

Macam mana tahu?

Menerusi rantaian tweet yang tulis, Cikgu Fathiah ni mengajar subjek Bahasa Inggeris dan merupakan seorang guru baru.

Screenshot 2021 05 22 At 12.48.14 PmKalau min pun excited nak dengar. Iye lah cara mengajar lain dari lain kan. Bukan student je excited, orang besar yag dengar sekali pun excited gak. 

 

Sebijik weh!

Min yang tak layan sangat Boboiboy pun teruja dengar suara cikgu ni. Pastu tengok reaction student dia yang excited tu sampai tersengih min dibuatnya.

Screenshot 2021 05 22 At 12.49.16 PmKalau dapat cikgu yang memang boleh buat suara watak animasi memang excited weh. Kelas cikgu tu memang tak miss lah. 

Screenshot 2021 05 22 At 12.49.52 PmTahniah untuk cikgu ni sebab berjaya tarik perhatian murid-murid untuk hadir ke kelas. Teruskan usaha yang baik ni untuk generasi muda kita ni. 

 

Baca: Level International! Boboiboy Movie 2 Menang Dua Anugerah Di Laurus Film Festival Rusia

Screenshot 2021 05 22 At 1.19.33 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.