in

“Karya anak Malaysia memang hebat” – Kurang 10 Hari Tayangan, Boboiboy Movie 2 Raih RM15.8 Juta

Bbb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem animasi Boboiboy Movie 2 (BBBM2) sebelum ini telah memecah rekod filem animasi tempatan dengan pungutan sebanyak RM1.18 juta pada hari pertama tayangan. Hebat kan?


Bukan sahaja di Malaysia, BBM2 turut ditayangkan serentak di lima buah negara termasuk Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam selain Malaysia bermula 8 Ogos lalu.

Dan kini BBBM2 berjaya meraih kutipan box office sebanyak RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan. Wow gempak wei!

Screen Shot 2019 08 17 At 10.49.26 Am
Sumber: facebook

 

Tidak hanya mendapat pujian daripada peminat filem animasi tempatan, BBBM2 turut dipuji oleh penonton luar negara kerana jalan cerita yang bersifat kelakar serta suntingan animasi CGI yang dikatakan cantik serta kemas.

Screen Shot 2019 08 17 At 10.49.46 Am
Sumber: facebook

Sebelum ini BBBM2 telah meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Korang dan tengok belum? Apa lagi jommm…

Baca: “Kalau anak jadi pencuri, aku tak terkejut” – Netizen Terkejut Lihat Bapa Selamba ‘Curi’ Patung Boboiboy Bagi Anak Main 

Screen Shot 2019 08 17 At 11.26.57 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.