Tengah malam semalam, kita dikejutkan dengan tragedi yang berlaku di Beirut, Lebanon.
Letupan yang mengambil tempat berhampiran pelabuhan di Beirut hampir merosakkan seluruh kota tersebut. Menurut AP News, pusat geosains Jerman mengatakan yang letupan itu telah menyebabkan gempa bumi sekuat 3.5 pada skala ritchter.
Malah, letupan ini boleh didengari dan gegarannya dapat dirasa hingga ke Siprus yang terletak sejauh 200km dari tempat kejadian.
Dikatakan, punca ledakan ini adalah dari letupan tak sengaja 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan dalam gudang tersebut tanpa sebarang keselamatan selama enam tahun.
Orang-orang Lebanon telah kongsikan banyak video yang sempat dirakam semasa letupan ini berlaku. Ada juga yang meninggal kerana tak sangka ada letupan kedua yang kuat semasa sedang merakam letupan pertama.
https://twitter.com/JoPrem1/status/1290843648427536384?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1290843648427536384%7Ctwgr%5E&ref_url=https%3A%2F%2Fworldofbuzz.com%2Fbeirut-blast-struck-with-force-of-a-3-5-magnitude-earthquake-hospitals-full-some-damaged%2F
The photographer who trying to document this video he died #BeirutBlast #Beirut https://t.co/UX6CIi583r
— Majd khalaf (@majdkhalaf1993) August 4, 2020
#Beirut
Future history books will need one chapter just for year
2020
alone.#Beirut #BeirutBlast pic.twitter.com/5Vt72sgvRz— Chintan 🇮🇳 (@GhantalaChintan) August 5, 2020
Menerusi bebenang Twitter yang dikongsikan oleh AJ+, hospital-hospital di kota ini penuh dengan mangsa yang cedera dan ada antara hospital ini yang musnah disebabkan oleh letupan tersebut.
Bukan tu je, hospital di sana turut merayu meminta orang ramai derma darah bagi menyelamatkan mangsa letupan dan ada mangsa-mangsa lain yang dihantar di hospital di luar kota untuk mendapatkan rawatan.
Tak cukup dengan itu, ramai lagi mangsa-mangsa yang masih ada di kawasan letupan dan tersangkut di bawah runtuhan.
Kalau korang nak tahu, Lebanon sekarang sedang menghadapi krisis ekonomi yang sangat teruk dan kerajaan di sana sedang berusaha untuk membendung pandemik Covid-19 dan sekarang dorang terpaksa handle kesan dari letupan tersebut.
Jumlah kematian sekarang dah pun meningkat ke 78 dan lebih 4,000 orang dilaporkan cedera.
Dekat bawah ni korang boleh tengok gambar dan video keadaan di sana selepas letupan besar ini berlaku.
This looks like the end of the world in Lebanon.
Shocking first video emerges after #Beirut explosion. pic.twitter.com/nHP6y2p7Rf
— R.Riday (@am_riday) August 5, 2020
Aftermath of the explosion at #Beirut Port. pic.twitter.com/4WslvoGR3t
— Aurora Intel (@AuroraIntel) August 4, 2020
Harapnya urusan penduduk dekat sana yang terkesan dengan tragedi ini dipermudahkan…
Baca: “Stay indoors!” – Kesan Letupan Di Lebanon Boleh Memudaratkan Seluruh Rakyat Sebab…