in

“Lepasni tak boleh balik kampung sampai PKP habis tau” – PDRM Tetapkan Tarikh Perjalanan Ikut Negeri Bermula 1 Mei

Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa kerajaan umum PKP fasa pertama dulu, ramai orang berpusu-pusu pulang ke kampung untuk “cuti panjang” di sana. Tapi tak expect pulak PKP kena extend sampai sebulan lebih…


Jangan risau, untuk orang yang terkandas di kampung, semalam, PDRM telah keluarkan kenyataan media mengatakan yang dorang dah pun buat aplikasi “Gerak Malaysia” supaya senang untuk korang buat permohonan pulang ke rumah tanpa perlu risikokan diri bersesak di balai polis.

Permohonan untuk pulang semula ke rumah boleh dibuat mulai jam 12.01 pagi semalam (26 April Hingga 29 April. Tapi make sure korang download dulu app ni dekat Google Play Store atau Apple App Store korang dan buat pendaftaran.

Kalau korang nak tahu, salah satu sebab PDRM buat macam ni, adalah untuk memudahkan pihak dorang untuk kenal pasti berapa banyak jumlah kenderaan yang bakal berada di atas jalan raya.

Jadual perjalanan mengikut negeri

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Ketiga 22 1587554662

Bukan tu je, korang juga kena ambik tahu tarikh perjalanan ikut negeri ni. Jangan terlepas pulak!!!

A) 1 Mei 2020 – Perak, Johor & Kelantan

B) 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang

C) 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu

Lepas dah apply, sebelum korang gerak ikut tarikh yang ditetapkan ni, korang perlu update permohonan korang untuk dapatkan kod QR.

So, bila korang lalu roadblock korang hanya perlu tunjuk kod QR dan pihak berkuasa akan imbas je. Settle!

Tapi ingat, korang hanya boleh membuat SATU perjalanan saja dan hanya orang yang terkandas di kampung dan nak pulang ke kediaman sendiri atau ke tempat bekerja saja dibenarkan untuk bergerak ya. Untuk orang bandar nak pulang ke kampung, tak boleh tau!

Lagi satu, kalau rasa nak beraya dekat kampung tu, better jangan balik rumah sebab nanti dah tak boleh nak balik kampung balik tau. Fikir masak-masak dan stay safe!

 

Baca: [TERKINI] “Hanya perjalanan ke zon hijau sahaja” – Pelajar Dibenarkan Balik Rumah 27 April Ini.

Screenshot 2020 04 27 At 1.23.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.