in

[TERKINI] “Hanya perjalanan ke zon hijau sahaja” – Pelajar Dibenarkan Balik Rumah 27 April Ini.

Sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelajar yang terperangkap di kampus pusat pengajian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini.


Ia disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan tentang sidang media Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Hari Ke-38 yang berlangsung sebentar tadi.

Ia berikutan dengan pengumuman yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam berikutan dengan kelonggaran yang diberikan kepada pelajar untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun, pergerakan secara berperingkat hanya melibatkan perjalanan ke Zon Hijau sahaja. Pergerakan pelajar bermula Isnin, 27 April 2020. Waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi memastikan perjalanan terkawal dan tidak melibatkan pergerakan besar-besaran.

Tambahnya lagi, kapasiti penumpang akan dihadkan separuh daripada jumlah sebenar bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi dalam bas. Pelaja rakan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah atau Pejabat Daerah yang terdekat dengan rumah mereka dan kemudian anggota agensi Kerajaan yang ditugaskan akan menghantar mereka kerumah masing-masing.

 

Baca : [TERKINI] “Saya minta penganjur pulangkan semula semua deposit peniaga bazar ramadan”- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ismail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.